Beberapa kejadian keganasan dan serangan khianat dilaporkan berlaku serentak di wilayah selatan Thailand lewat malam semalam, mengakibatkan dua orang maut dan enam cedera.
Pemangku Ketua Polis Pattani Kol Piyawat Chalermai berkata dalam kejadian itu dua pengawal keselamatan kedai pameran kereta di Chana, mati ditembak penyerang tidak dikenali di daerah Chana, Songhkla.
"Kejadian keganasaan di wilayah Pattani, Narathiwat dan Songkhla itu bermula pada 9.30 malam semalam (waktu tempatan) dan berlanjutan sehingga tengah malam," katanya hari ini.
Di daerah Muang, Pattani, beliau berkata penyerang tidak dikenali memusnahkan kemudahan bekalan elektrik manakala di Nongchik pula tiang-tiang elektrik dimusnahkan dengan letupan bom.
"Kejadian itu menyebabkan sebahagian kawasan di Pattani terputus bekalan eletrik dan sebuah stesen minyak di Donyang, di wilayah sama turut terbakar," kata Piyawat.
Anggota pasukan keselamatan bertugas di Yaring turut diserang dengan tembakan dan bom, manakala di Saiburi, serangan terhadap kemudahan bekalan elektrik turut berlaku, manakala di daerah Thepa sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) musnah diletupkan penyerang dan mengakibatkan beberapa kecederaan pada orang awam, katanya.
Bernama
Thu Nov 03 2016

Seorang pegawai polis berjalan melepasi sebuah kedai serbaneka 7-11 di Pattani pada 3 November 2016 selepas serangan bom pada malam sebelumnya. -AFP

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Lagi serangan bom dan khianat di selatan Thai lewat semalam
Dalam kejadian itu, dua pengawal keselamatan kedai pameran kereta di Chana, mati ditembak penyerang tidak dikenali di daerah Chana, Songhkla.