BISHKEK: Republik Kyrgyz hari ini menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata hasrat itu dizahirkan oleh rakan sejawatnya Pengerusi Menteri-Menteri Kabinet Republik Kyrgyz Akylbek Zhaparov pada pertemuan mereka di Kediaman Negara Ala Archa di sini petang tadi.
"Beliau kalau boleh minta supaya (kita) melantik seseorang yang boleh menjadi penasihat kepada kerajaan (Republik Kyrgyz). Itu tahap penghormatan dan pengiktirafan mereka kepada kerajaan Malaysia.
"... maknanya, apabila hendak berunding tentang soal seperti penswastaan, projek-projek hidro, lebuh raya atau penggalian emas umpamanya, mereka minta kalau boleh kita beri nasihat dan (kongsi) pengalaman kita untuk bantu," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian kepada media Malaysia pada sidang akhbar sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke republik itu atas jemputan Presiden Sadyr Zhaparov.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata hasrat kerajaan Republik Kyrgyz itu akan dibincang pada mesyuarat Jemaah Menteri akan datang.
Perdana Menteri juga berpandangan lantikan seorang penasihat itu bukan hanya bersifat hubungan dua hala tetapi juga memberi peluang kepada pelabur dari Malaysia memandangkan terdapat pelbagai bidang kerjasama untuk diterokai antara kedua-dua negara.
Beliau juga berkata antara perkara yang menarik perhatian negara itu terhadap Malaysia ialah sektor halal dan Lembaga Tabung Haji kerana Republik Kyrgyz amat berminat untuk mengetahui secara terperinci tentang pengurusan haji dan pentadbiran badan berkenaan.
Anwar berkata Republik Kyrgyz, dengan majoriti penduduk Islam yang dahulunya adalah sebahagian daripada Kesatuan Soviet, sangat menghormati Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan berminat untuk mengikuti beberapa kaedah pelaksanaan serta pembaharuan yang dilakukan oleh negara ini.
Menyentuh mengenai pelancongan, Perdana Menteri berkata sektor itu amat berpotensi untuk diperkasa antara Malaysia dan Republik Kyrgyz memandangkan kedua-dua negara mempunyai tarikan tersendiri.
"Republik Krygyz mempunyai kawasan pergunungan manakala (rakyat) mereka sangat berminat dengan hutan dan pantai di negara kita," katanya.
Anwar berkata kerajaan negara itu juga memohon supaya pelajarnya diberikan lebih banyak peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Malaysia.
Ditanya mengenai lawatan rasmi beliau ke negara-negara di Asia Tengah yang turut meliputi Kazakhstan dan Uzbekistan selepas ini, Perdana Menteri berkata rantau itu mempunyai potensi besar dalam aspek usaha sama untuk diterokai.
"Ada kepentingan strategik di sini. Pertamanya ia ada kekuatan, dekat dengan Rusia dan China. Kepintaran dan pandangannya membantu kita sebagai negara yang membangun," kata beliau.
Mengulas mengenai kerjasama dengan Republik Kyrgyz yang terjalin sejak 1992, Anwar berkata sudah tiba masanya kerjasama itu diperkasa kerana ia memberi faedah kepada Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024
Anwar berkata hasrat itu dizahirkan oleh Akylbek Zhaparov pada pertemuan mereka di Kediaman Negara Ala Archa. - Gambar Bernama
Da’i Syed bertekad bersihkan nama di mahkamah
Pendakwah selebriti Da’i Syed bertekad membersihkan namanya selepas didapati bersalah merogol seorang wanita pada 2019.
Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29 tahun, menegaskan bahawa perjuangan ini demi keluarganya, selain tidak mahu anak perempuannya membesar dalam suasana negatif akibat kecaman netizen.
Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29 tahun, menegaskan bahawa perjuangan ini demi keluarganya, selain tidak mahu anak perempuannya membesar dalam suasana negatif akibat kecaman netizen.
Pengambilan tanah, pengalihan utiliti punca projek tebatan banjir lewat
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan, proses pengambilan tanah yang memakan masa terlalu lama menjadi antara punca utama berlakunya kelewatan projek rancangan tebatan banjir (RTB) khususnya di Pantai Timur.
Dua lagi kes virus mpox berpotensi bawa maut dikesan di UK
Dua lagi kes strain virus mpox yang berpotensi membawa maut dikesan dalam kalangan kontak rapat kes pertama, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA).
Subsidi RON95: Kerajaan masih pertimbang kriteria golongan T15
Kerajaan masih mempertimbangkan kriteria golongan T15 untuk menentukan kelayakan kumpulan tersebut mendapat subsidi petrol RON95 atau sebaliknya.
Ribut Kristine: Terima kasih Malaysia - Presiden Filipina
Presiden Filipinan dalam panggilan telefonnya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas bantuan yang diberikan untuk membantu mangsa ribut Kristine yang melanda negara tersebut.
Malaysia sasar tingkat kerjasama serantau
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga akan menerima prinsip masa depan bersama yang dipromosikan oleh China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.
Malaysia komited majukan hubungan ekonomi
Perdana Menteri menegaskan, prinsip "Masa Depan Bersama" yang dipromosikan oleh China dan diterima baik oleh banyak negara termasuk Asia dan Selatan Global, antara sebab utama Malaysia bersetuju untuk menyertai BRICS.
Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.
Taufan Kristine: Presiden Marcos hargai sokongan Malaysia
Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr., menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan penting yang diberikan semasa operasi bantuan selepas Taufan Kristine yang dahsyat.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
Kyrgyz zahirkan hasrat Malaysia lantik penasihat kepada kerajaan republik itu - PM
Republik Kyrgyz hari ini menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengasas BCorp Vincent Tan lepas jawatan Pengerusi, kekal sebagai penasihat
Vincent Tan akan menggalas tugas sebagai penasihat dan memberi nasihat kepada Lembaga Pengarah selain menyokong pertumbuhan kumpulan.
Anwar terima teguran, akan beri penjelasan lantikan Nurul Izzah
Anwar berkata beliau terbuka menerima setiap teguran, dan akan memberikan penjelasan berhubung pelantikan Nurul Izzah selaku Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.
Imran dakwa penasihatnya didera secara seksual ketika ditahan di Islamabad
Imran juga dikatakan telah dihalang untuk melawat Gill yang dirawat di Institut Sains Perubatan Pakistan (PIMS) Islamabad.
Isteri penasihat terbaik suami! Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isteri
Buruk baik diri kita ini hanya isteri sahaja yang tahu. Dia hadap setiap hari 1,001 kelakuan kita tanpa mengeluh.
Rakyat Malaysia antara 7 pakar dipilih anggotai badan kesihatan ulung di Jepun
Dr Dhesi Baha Raja berkongsi kegembiraan dipilih sebagai salah seorang penasihat Mitsubitshi Centre of Global Health Architecture
Isu pelantikan Zainol Fadzi sebagai Penasihat MB selesai
Dr Muhammad Nur Manuty berkata anggota NGO berkenaan telah bertemu Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu kira-kira 12.49 tengah hari tadi di pejabat menteri besar bagi mendapatkan penjelasan terperinci.
Tanpa sokongan Zainol, kerajaan Pakatan mungkin sekadar impian - Exco Perak
Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata tanpa sokongan tersebut kemungkinan kerajaan Perak hari ini masih lagi menjadi impian para penyokong.
Zainol Fadzi dilantik penasihat MB Perak
Pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Manik itu telah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selain dipersetujui Majlis PH Perak.
Mengapa senyap ketika pelantikan Apandi, soal Syed Saddiq
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, timbul persoalan mengapa ada halangan dalam pelantikan Peguam Negara yang baharu, namun dikunci mulut apabila Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik.