MOSCOW: Ahli parlimen kanan Rusia Andrey Kartapolov pada Khamis berkata ketua kumpulan separa tentera Wagner, Yevgeny Prigozhin, memberontak selepas semua pasukan yang berperang di pihak Rusia diminta menandatangani kontrak dengan Kementerian Pertahanan menjelang 1 Julai.
Pada sidang akhbar di Moscow, Kartapolov yang mengetuai Jawatankuasa Pertahanan Dewan Perwakilan Duma, dewan rendah parlimen, berkata kontrak perkhidmatan tentera itu merupakan satu-satunya cara untuk menghalalkan semua pejuang dan memastikan hak mereka, termasuk hak bayaran sosial, lapor Agensi Anadolu.
Menurut Kartapolov, kecuali Prigozhin, kesemua pihak lain mula melaksanakan keputusan itu.
Prigozhin diberitahu bahawa jika beliau tidak menandatangani kontrak itu beliau tidak dapat untuk terus menyertai "operasi ketenteraan khas," dan kumpulan separa tenteranya akan hilang pembiayaan, katanya dan menambah ketua Kumpulan Wagner berkenaan enggan menandatangani kontrak itu.
"Berikutan itu, situasi berikut berlaku -- pertama wang, kedua kehendak yang bodoh dan melampau, dan ketiga keterujaan yang menyebabkan cubaan pengkhianatan dan menipu rakan seperjuangan," katanya.
Pada 24 Jun, Prigozhin menuduh Kementerian Pertahanan Rusia menyerang pejuangnya dan mengisytiharkan "Perarakan Keadilan," dan bergerak ke Moscow, dengan membuat kenyataan bahawa dia akan "menggulingkan ketua-ketua tentera."
Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan menamakan tindakan Kumpulan Wagner sebagai "pemberontakan bersenjata" dan membuka kes jenayah terhadap Prigozhin, manakala Presiden Rusia Vladimir Putin menyifatkan kebangkitan pasukan separa tentera swasta itu sebagai "tindakan khianat".
Prigozhin dan pejuangnya kemudian memutuskan untuk berpatah balik" bagi mengelak pertumpahan darah" ketika berada 200 kilometer (124 batu) dari Moscow.
Presiden Belarus Alexander Lukashenko berkata beliau menyumbang kepada penyelesaian itu dengan mengadakan perbincangan dengan ketua Wagner, yang seterusnya membawa kepada keputusan Prigozhin menerima perjanjian damai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2023
![Kumpulan Wagner memberontak kerana tak puas hati kontrak dengan Kementerian Pertahanan Kumpulan Wagner memberontak kerana tak puas hati kontrak dengan Kementerian Pertahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687661981_Russia.jpg)
Pada 24 Jun, Prigozhin menuduh Kementerian Pertahanan Rusia menyerang pejuangnya dan mengisytiharkan "Perarakan Keadilan,". - Gambar/ AP
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![UK haramkan kumpulan Wagner, label organisasi pengganas UK haramkan kumpulan Wagner, label organisasi pengganas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694038123_SuellaBraverman.jpg)
UK haramkan kumpulan Wagner, label organisasi pengganas
UK mahu Kumpulan Wagner, pasukan upahan Rusia, diletakkan sebagai organisasi yang diharamkan di bawah undang-undang antikeganasan.
![AS bakal label Kumpulan Wagner sebagai 'pertubuhan jenayah' AS bakal label Kumpulan Wagner sebagai 'pertubuhan jenayah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674277046_WagnerGroup.jpg)
AS bakal label Kumpulan Wagner sebagai 'pertubuhan jenayah'
Amerika Syarikat (AS) bakal melabelkan Kumpulan Wagner iaitu sebuah perbadanan ketenteraan persendirian Rusia sebagai "pertubuhan jenayah" antarabangsa dan berikrar akan mengenakan sekatan tambahan ke