GAZA CITY (Palestin): Kumpulan Hamas dan Islamic Jihad mengutuk tindakan Israel yang menceroboh ruang solat Bab al-Rahma atau Pintu Rahmat di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, lapor Agensi Anadolu.
Menurut laporan media Palestin, tentera Israel merosakkan infsfrastruktur di ruang itu ketika umat Islam menyambut Aidilfitri pada Sabtu.
Jurucakap Hamas, Hazim Qasim, berkata tindakan itu adalah kesinambungan daripada "perang agama Israel terhadap tapak suci di Baitulmaqdis."
"Perjuangan untuk memelihara "identiti Arab-Islam" di Masjid Al-Aqsa akan diteruskan tanpa boleh digugat," katanya dalam satu kenyataan bertulis.
Jurucakap Islamic Jihad, Tarek Silmi, berkata serbuan itu satu lagi pencerobohan yang dilakukan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa.
"Percubaan (Israel) untuk menguasai masjid tidak akan berjaya," tegasnya.
Pada awal bulan ini, tentera Israel menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa dan mengusir secara paksa jemaah dan insiden ini telah meningkatkan ketegangan di seluruh wilayah Palestin.
Serbuan itu telah mencetuskan tembakan roket dari Semenanjung Gaza dan Lubnan manakala Israel melakukan serangan dengan melancarkan serangan udara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 23 2023

Kumpulan Hamas dan Islamic Jihad mengutuk tindakan Israel yang menceroboh ruang solat Bab al-Rahma atau Pintu Rahmat di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki. - Gambar fail/AP
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Kumpulan Palestin kutuk tindakan Israel ceroboh ruang solat Masjid Al-Aqsa
Kumpulan Hamas dan Islamic Jihad mengutuk tindakan Israel yang menceroboh ruang solat Bab al-Rahma atau Pintu Rahmat di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki.