SAINLURFA: Ribuan kala jengking yang disimpan dalam kotak plastik lutsinar tersusun rapi pada dinding sebuah makmal pembiakan di Sainlurfa, tenggara Turkiye.
Setiap kala jengking itu hanya menunggu waktu untuk diambil petugas makmal bagi mengekstrak bisa yang bernilai tinggi bagi dimanfaatkan dalam industri perubatan, lapor Reuters.
Dengan menggunakan penyepit, petugas makmal mengambil kala jengking dari kotak dan seterusnya memicit kantung bisa pada hujung ekor haiwan arachnid itu.
Setiap titisan bisa itu dengan teliti dikumpulkan dalam mangkuk, dan kemudian dibekukan sebelum diolah menjadi bentuk serbuk untuk dijual.
Seekor kala jengking menghasilkan kira-kira satu miligram bisa, dan makmal itu boleh mendapatkan sehingga 2 gram bisa sehari, ujar pemilik ‘ladang kala jengking’ itu, Metin Orenler.
Fasiliti Orenler berkenaan, yang dibuka pada tahun 2020, menjadi rumah buat 20,000 ekor kala jengking Androctonus Turkiyensis, yang dikenal pasti sebagai spesies unik tempatan, seperti laporan artikel yang diterbitkan dalam Journal of Metrology pada 2021.
“Kami membiak dan membesarkan kala jengking kami sendiri dan juga mengekstrak bisanya. Kami kemudian membekukan bisa itu, menukarkan bentuknya menjadi serbuk untuk dijual ke Eropah,” jelas Orenler.
Bisa kala jengking, yang dieksport ke Perancis, United Kingdom, Jerman dan Switzerland, digunakan dalam proses membuatan kosmetik, ubat penahan sakit dan antibiotik.
Orenler berkata, harga bagi seliter bisa itu adalah AS$10 juta.
Agensi
Sat Aug 20 2022

Bisa kala jengking, yang dieksport ke Perancis, United Kingdom, Jerman dan Switzerland, digunakan dalam proses membuatan kosmetik, ubat penahan sakit dan antibiotik. - Foto: Facebook Metin Orenler

Projek atasi hakisan di Pantai Puteri dijangka siap sebelum 2027 - Exco
Projek mengatasi fenomena air pasang besar dan hakisan di Pantai Puteri sedang dilaksanakan dengan peruntukan lebih RM20 juta.

Malaysia perkukuh kerjasama ASEAN-India di bawah Kepengerusian 2025
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dengan keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan "Keterangkuman dan Kemampanan."

Sabah peruntuk lebih RM75 juta laksana inisiatif bantuan pendidikan - Hajiji
Sabah memperuntukkan RM75.5 juta pada tahun ini untuk melaksanakan 13 inisiatif bantuan pendidikan kepada pelajar, sekolah, persatuan ibu bapa dan guru serta persatuan mahasiswa Sabah.

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Kumpul bisa kala jengking... kalau dapat seliter nilai harganya AS$10 juta!
Setiap titisan bisa itu dengan teliti dikumpulkan dalam mangkuk, dan kemudian dibekukan sebelum diolah menjadi bentuk serbuk untuk dijual.

Sup kala jengking, ular menu kegemaran di Guangdong
Makanan berasaskan serangga telah menjadi sebahagian daripada masakan masyarakat China sejak sekian lama.

Banjir: 3 terkorban di Mesir, 500 disengat kala jengking
Ribut yang melanda di wilayah itu membawa kala jengking dari tempat persembunyian ke kawasan kediaman.

Pulang ke rumah selepas banjir, berhati-hatilah...
Mangsa banjir yang telah kembali ke rumah masing-masing diingatkan supaya berwaspada terhadap ancaman haiwan berbisa.

Apa perlu buat jika disengat tebuan? Ikuti langkah ini ketika terkena sengatan serangga berbisa
Bisa pada sengatan serangga seperti tebuan, lebah dan kala jengking boleh menyebabkan kegagalan pada organ dalaman.

Kala jengking dalam pesawat Lion Air?
Kakitangan syarikat telah memeriksa kabin secara menyeluruh tetapi tidak menjumpai haiwan berbisa tersebut.

Bala bertimpa buat United Airlines, kali ini penumpang disengat kala jengking pula
Richard Bell yang ketika itu sedang makan, terkejut apabila seekor kala jengking jatuh di atas kepalanya.