KIEV: Bunyi letupan dari pinggir bandar raya Kiev dan siren kecemasan yang dibunyikan membuatkan orang awam menjadi panik dan segera melarikan diri demi keselamatan.
Portal berita Al-Jazeera melaporkan, pada Khamis pagi, kenderaan yang bertali arus menyesakkan jalan utama di ibu negara Ukraine dari pusat bandar ke pelbagai susur keluar.
Media tempatan juga melaporkan ramai yang tergesa-gesa mencari perlindungan di stesen kereta api bawah tanah dan banyak tempat tersembunyi lain.
“Langit kelihatan berubah menjadi jingga dan kemudian merah, dan 15 saat kemudian anda terdengar bunyi letupan dari suatu jarak.
“Orang ramai dalam keadaan panik dan berlari-lari mencari tempat perlindungan. Mereka cemas walaupun Presiden mereka (Volodymyr Zelenskyy) meminta rakyat ‘supaya bertenang’ susulan kemaraan Rusia,” ujar wakil Al-Jazeera di lokasi, Andrew Simmons yang menambah hotel tempat dia menginap turut bergegar.
Simmons memberitahu, pada masa ini, suasana di pusat bandar 'agak menyeramkan'. Semua orang tidak pasti sama ada bakal tiba sepasukan angkatan tentera berperisai ke arah mereka.
Media tempatan melaporkan kesesakan lalu lintas boleh dilihat di mana-mana di Kiev hingga ke Zhytomyr dan susur keluar lain dari pusat bandar itu sejak jam 6 pagi waktu tempatan.
Pada masa sama, pihak berkuasa tempatan mendesak orang ramai supaya kekal berada di rumah masing-masing.
Dalam satu pesanan daripada pejabat pentadbiran Kiev: “Semua orang yang tidak terlibat dengan operasi infrastruktur dan bantuan hayat kritikal, sila kekal berada di rumah. Sedia untuk mengikuti arahan jika perlu ke tempat perlindungan apabila siren dibunyikan”.
Krisis Ukraine-Rusia: Apa punca sebenar dan perkembangan terkini
Seorang penganalisis hubungan antarabangsa di Institut Ukraine, Iliya Kusa, memberitahu Al-Jazeera bahawa keadaan sebenarnya tidak setegang yang dilaporkan.
“Walaupun situasi orang ramai keluar dari Kiev itu benar, namun keadaan di Kiev sebenarnya masih stabil. Belum ada masalah kritikal buat masa ini. Pengangkutan awam masih beroperasi seperti biasa.
“Yang bebeza adalah sekolah, universiti dan tadika ditutup dan hospital dalam keadaan siap siaga sejak Parlimen mengisytiharkan darurat,” ujarnya.
Namun, dia menambah, ‘kekecohan’ yang dilihat kini hanyalah orang ramai bersesakan untuk mengeluarkan wang tunai dari mesin pengeluaran automatik (ATM) dan beratur panjang di kedai untuk membeli barangan keperluan asas.
Presiden Rusia Vladimir Putin telah mengumumkan operasi ketenteraan penuh di Ukraine pada awal Khamis, dan mendesak pasukan keselamatan Ukraine supaya meletakkan senjata serta memberi amaran sebarang provokasi menentang akan menerima kesan.
Agensi
Thu Feb 24 2022
Situasi jalan raya yang sesak akibat orang ramai berpusu-pusu untuk keluar dari pusat bandar Kiev selepas pengumuman tentang kemaraan tentera Rusia. - AP
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Bashar al-Assad dakwa lari ke Rusia selepas Damsyik ditawan
"Meninggalkan Syria bukanlah dirancang dan ia tidak berlaku pada saat-saat akhir pertempuran seperti yang didakwa."
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
Bashar al-Assad umum letak jawatan dan tinggalkan Syria - Rusia
Bashar al-Assad, pemimpin rejim Baath Syria yang digulingkan memutuskan untuk meletak jawatan dan meninggalkan negara itu.
Rusia tutup konsulat Poland di St Petersburg
Tiga diplomat dari Konsulat Poland turut diisytiharkan sebagai 'persona non grata' dan diminta meninggalkan Rusia.
Serangan Rusia di Ukraine ragut 9 nyawa, 20 cedera
Rakaman di lokasi turut menunjukkan api marak dari bangunan yang musnah bersama beberapa kereta yang terbakar dengan mayat di dalamnya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.