Ini kerana kejadian yang mendebarkan di kafe Lindt dimana seorang lelaki bersenjata menahan beberapa orang tebusan dan memaparkan bendera kumpulan militan IS pada pagi Isnin, menarik perhatian beberapa pengunjung ke kawasan itu untuk merakamkan selfie masing-masing.
Tindakan itu dikritik hebat di laman media sosial, terutamanya Twitter, sehingga ada hashtag yang direka untuk topik itu, iaitu #sydneyselfie dan #selfieshame.
Sumber: Instagram frednyamhunga
Rata-rata kritikan itu mengatakan tindakan berselfie di tempat kejadian itu menunjukkan sikap kebodohan dan tidak menghormati mangsa kejadian.
Berikut antara tweet yang dicetuskan mengenai isu itu:
Polis Sydney mengesahkan tiga terbunuh termasuk seorang lelaki bersenjata dalam krisis tebusan selama 16 jam itu.