NEW YORK: Perang di Ukraine telah mewujudkan krisis keselamatan makanan global paling hebat pada zaman ini.
Kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, Rusia dan Ukraine menghasilkan satu pertiga daripada bekalan gandum dunia, dan kehilangan komoditi akibat perang telah mengakibatkan harga makanan melambung tinggi dan ketidakpastian tentang masa depan keselamatan makanan di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara miskin.
Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menangani krisis, Blinken mengadakan mesyuarat di New York di luar PBB yang memfokuskan kepada keselamatan makanan.
“Jabatan Negara mendedahkan pada 2021, lebih daripada 193 juta orang di seluruh dunia mengalami kekurangan makanan yang kritikal.
“Ia merupakan peningkatan sebanyak 40 juta orang daripada tahun sebelumnya, manakala sebanyak 40 juta populasi dunia diunjurkan akan dilanda kemiskinan dan kekurangan makanan menjelang akhir tahun ini,” kata Blinken.
Menurut Blinken lagi, kekurangan bahan api dan baja di banyak negara dan lonjakan harga makanan yang pantas menggugat kestabilan rakyat, meningkatkan kelaparan, kekurangan zat makanan, mendorong penghijrahan, dan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang teruk.
Tegas Blinken, konflik Rusia-Ukraine telah memburukkan lagi isu keselamatan makanan di peringkat global.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, setakat ini tiada penyelesaian berkesan untuk krisis makanan tanpa mengintegrasikan semula pengeluaran makanan Ukraine, serta produk makanan dan baja yang dihasilkan oleh Rusia dan Belarus ke pasaran dunia.
“Pencerobohan Rusia di Ukraine semakin menguatkan dan mempercepatkan semua faktor ini: perubahan iklim, COVID 19 dan ketidaksamarataan serta mengancam puluhan juta manusia ke jurang krisis makanan, diikuti oleh kekurangan zat makanan dan kebuluran selama bertahun-tahun akan datang,
“Di sini jelas, tiada penyelesaian berkesan untuk krisis makanan tanpa mengintegrasikan semula pengeluaran makanan Ukraine, serta produk makanan dan baja yang dihasilkan oleh Rusia dan Belarus ke pasaran dunia walaupun dalam perang,” kata Guterres.
Agensi
Thu May 19 2022
Kekurangan bahan api dan baja di banyak negara dan lonjakan harga makanan yang pantas menggugat kestabilan rakyat, meningkatkan kelaparan dan kekurangan zat makanan. - Foto fail/AP
Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun
Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi.
Paris 2024: Ariana Nur Dania 'bidik' pengalaman atau podium?
Ariana Nur Dania akan menjalani latihan pecutan akhir di Korea Selatan ditemani dua rakan lain, Nurul Azreena dan Syaqiera.
WEF #AMNC24: Memperkukuh ekosistem syarikat pemula Asia Tenggara
Ketua ESG & Ekonomi Sirkular, Gobi Partners, Carlo Chen-Delantar mengupas cabaran semasa, unjuran masa depan serta usaha menambah baik ekosistem syarikat pemula di Asia Tenggara.
AWANI Ringkas: Korban konflik Israel-Palestin terus meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prospek dan cabaran ekonomi Malaysia separuh kedua 2024
Kerajaan optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berada pada kedudukan yang baik dan akan berkembang pada kadar unjuran rasmi antara 4.0 peratus dengan 5.0 peratus bagi 2024, didorong pertumbuhan suku pertama yang lebih tinggi daripada jangkaan. Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada prestasi ekonomi Malaysia dalam tempoh enam bulan lalu dan apakah yang akan menjadi perhatian di kalangan pelabur untuk prestasi separuh tahun kedua 2024?
Prestasi FBMKLCI: Unjuran enam bulan akan datang
Setakat 31 Mei 2024, Indeks Komposit FBMKLCI ditutup pada 1,596.68 mata, mencatatkan peningkatan kukuh sebanyak 1.3% dari bulan ke bulan. Ini merupakan kenaikan mengagumkan sebanyak 9.3% dari awal tahun. Indeks ini menunjukkan prestasi yang kuat dengan mencapai tahap signifikan 1,600
mata pada pertengahan bulan, menonjolkan ketahanan dan potensi pertumbuhannya. Adakah indeks ini akan meneruskan momentum ini dalam tempoh enam bulan akan datang?
mata pada pertengahan bulan, menonjolkan ketahanan dan potensi pertumbuhannya. Adakah indeks ini akan meneruskan momentum ini dalam tempoh enam bulan akan datang?
30 remaja Korea Utara dihukum mati, penjara kerana tonton K-drama
50 sehingga 60 remaja berusia sekitar 17 tahun di Korea Utara diketahui menonton drama Korea Selatan.
F1: Hamilton menangis selepas menang GP Britain
Juara dunia tujuh kali itu menangis ketika bercakap melalui radio pasukan pada pusingan akhir.
AWANI Pagi: Banci Pertanian: Kukuhkan Rantaian Data Pertanian Negara
Banci Pertanian 2024 berlangsung di seluruh negara bermula 7 Julai. Apakah impaknya terhadap rakyat untuk jangka masa panjang dan data rantaian makanan negara?
Ikuti huraian lanjut bersama Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bersama #AWANIPagi
Ikuti huraian lanjut bersama Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bersama #AWANIPagi
EURO 2024: Barcelona menantikan wang pampasan ekoran kecederaan Pedri
Pedri mengesahkan dia akan kekal bersama skuad itu, namun tidak akan bermain lagi dalam kejohanan tersebut.
Brazil kekal berkecuali dalam perang Rusia-Ukraine - Lula
Katanya, Brazil antara kumpulan negara yang mahu kekal berkecuali dalam usaha menyumbang kepada kemungkinan menamatkan perang.
Sempena setahun konflik Rusia-Ukraine, PBB akan mengundi resolusi mengenai Ukraine
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi resolusi mengenai Ukraine yang dikemukakan oleh Kiev dan wakil Kesatuan Eropah sempena setahun pencerobohan Rusia.
Ukraine "tinggalkan" proses rundingan tamatkan konflik - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin memberitahu Perdana Menteri India, Narendra Modi bahawa Ukraine "meninggalkan" proses rundingan bagi menamatkan konflik Rusia-Ukraine.
Harga makanan melambung, terpaksa catu hidangan utama - Pelajar Malaysia di Rusia
Kesan sekatan ekonomi akibat konflik Rusia-Ukraine menjejaskan aliran kewangan dan cara perbelanjaan sebilangan besar pelajar Malaysia di Rusia.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Belum dilihat bagaimana konflik Rusia-Ukraine dapat diselesaikan, tetapi yang mendapat manfaat yang jelas adalah harga komoditi.
Nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS hari ketiga berturut-turut
Pada jam 9 pagi, nilai mata wang tempatan bertambah kepada 4.1825/1850 berbanding dolar AS.