SEORANG wanita hamil yang cedera selepas sebuah hospital materniti di bandar Mariupol dibedil pada Rabu lalu dilaporkan meninggal dunia, menurut pakar bedah yang merawat mangsa pada Isnin.
Timur Marin berkata, mereka terpaksa melakukan pembedahan ke atasnya, namun bayi yang dikandungnya sudah tidak bernyawa.
"Usaha pemulihan kecemasan ke atas kedua-duanya selama lebih setengah jam gagal menyelamatkan mereka," ujarnya kepada stesen TV Ukraine.
Pasukan perubatan tidak sempat mendapatkan butiran peribadi wanita tersebut kerana suami dan bapanya segera menuntut mayatnya.
Gambar diambil Associated Press (AP) sebelum ini, memaparkan kakitangan kecemasan mengusung seorang wanita sarat hamil dan cedera yang turut mengundang rasa sayu serta menjadi tumpuan media di seluruh dunia termasuk CNN.
Menerusi laporan beberapa media, sekurang-kurangnya tiga termasuk seorang kanak-kanak terkorban dalam serangan ganas tersebut yang berlaku selepas Rusia bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama 12 jam bagi membolehkan orang awam dipindahkan di bawah koridor kemanusiaan.
Kempen pengeboman ke atas bandar tenggara Ukraine itu semakin sengit setelah ia dikepung sejak minggu lalu sehingga meragut hampir 2,200 nyawa selain kebanyakan penduduk yang masih terperangkap berdepan krisis kemanusiaan yang dijangka bertambah buruk. - Agensi
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Mar 14 2022
Gambar diambil AP memaparkan kakitangan kecemasan mengusung wanita sarat hamil dan cedera yang turut mengundang rasa sayu serta menjadi tumpuan media di seluruh dunia termasuk CNN. - Gambar/ AP
Imigresen Indonesia tahan buruan AS dakwaan eksploitasi kanak-kanak
Direktorat Jeneral Imigresen menahan TJC, seorang buruan warga Amerika Syarikat (AS) yang dicari oleh Marsyal AS atas pertuduhan berkaitan eksploitasi seksual, cubaan eksploitasi kanak-kanak dan porno
Angka kematian di Gaza akibat serangan Israel melebihi 46,000 orang
Angka kematian sejak 7 Okt 2023 mencecah 46,006 orang, majoritinya kanak-kanak dan wanita; kira-kira 109,378 orang lagi cedera.
1,211 gempa susulan dikesan selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud Xizang
Gempa susulan terbesar mempunyai magnitud 4.4 dan berlaku kira-kira 18 kilometer dari pusat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud.
Maritim Malaysia dipilih perintis integrasi AI dalam pengoperasian
Maritim Malaysia dipilih sebagai salah satu jabatan di bawah KDN sebagai perintis pengintegrasian teknologi AI dalam pengoperasian.
NAFAS perlu kekal sebagai pembekal utama baja negara
Faizul berkata, sejak sekian lama PPK membuat tempahan baja daripada NAFAS dan pengagihan berjalan mengikut jadual.
NRES perkasa Akta Hakmilik Strata - Nik Nazmi
Hal ini bagi memastikan skim-skim strata yang dibangunkan dapat disediakan dokumen hak milik strata mengikut kehendak perundangan semasa.
Bursa ASEAN perlu bangun instrumen tarik pelabur asing - CEO Bursa Malaysia
Beliau berkata ASEAN mesti terangkum dan mampan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.
Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.
Dua beradik jual ikan 'sekoq dua kupang', bantu golongan memerlukan
Dua beradik, Mohamad Syamil Zulkifli dan Mohamad Shauki Zulkifli mengambil inisiatif menjual ikan seekor 20 sen bagi membantu golongan memerlukan.
Jeneral Joseph Aoun dipilih sebagai Presiden Lubnan yang baharu
Pelantikan Jeneral Joseph Aoun bagi mengisi kekosongan jawatan presiden, dengan seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.
Tular isu buli: PIBG MCKK buat laporan polis, mahu ambil tindakan undang-undang
PIBG MCKK membuat laporan polis terhadap tiga pemilik akaun media sosial berhubung kenyataan berunsur fitnah yang dimuat naik di laman sosial.
Foodpanda ambil maklum dakwaan seorang penghantar makanan dizalimi
Foodpanda telah dimaklumkan mengenai dakwaan itu dan akan menghubungi penunggang tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Reaksi 'geram' Raja Charles III undang perhatian di media sosial
Detik itu dirakam ketika upacara pertabalan Raja Charles III di Istana St. James di sini, pada Sabtu lalu.
Dakwa hina B40: Uncle Kentang cari pelajar diherdik pensyarah, mahu bantu belikan komputer
Jelas Uncle Kentang, beliau akan membuat tabung pendanaan awam (crowdfunding) untuk membeli komputer buat pelajar berkenaan.
Pemandu lawan arus di Bulatan Cheras dipenjara enam bulan, denda RM8,000
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara enam bulan serta denda RM8,000 selepas didapati memandu secara melawan arus di Bulatan Cheras, Kuala Lumpur pada 13 Disember lalu.
Lagi kenyataan media palsu, Presiden UMNO pula didakwa letak jawatan
Surat yang menggunakan logo UMNO selain tertera nama Setiausaha Agung itu mendakwa Zahid Hamidi letak jawatan sebagai Presiden parti.
Kenyataan media Muhyiddin buat keputusan letak jawatan adalah palsu - Pegawai PMO
"Semua kenyataan (akan) dikeluarkan di Facebook (rasmi Muhyidin Yassin), jika tiada boleh anggap palsu."
"Saya sudah dapat kerja... terima kasih rakyat Malaysia" - Ibu tunggal M40
Kisah ibu tunggal lima anak, Suzanne Anton, 45, membuka mata semua pihak bahawa pandemik turut memberi kesan kepada golongan M40.
Surat lucut keahlian Hishammuddin palsu dan berniat jahat - Setiausaha Kerja UMNO
UMNO menafikan surat berhubung pelucutan keahlian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tular di media sosial pada Jumaat.
Gambar cetus kontroversi: Nadira Isaac minta maaf kepada PU Amin, warga maya
Personaliti media sosial, Nadira Isaac tampil mohon maaf kepada Pencetus Ummah (PU) Amin dan warga maya susulan perkongsian gambar yang tular baru-baru ini.