KIEV: Ketika tentera Rusia menyerang ibu negara Ukraine, ramai warganya sudah pun melarikan diri ke sempadan, jauh daripada pergolakan yang menyaksikan penempatan mereka musnah.
Namun, tidak bagi penghuni di Zoo Kiev; tiada sebarang perancangan dibuat untuk memindahkan ribuan haiwan yang menghuninya.
Zoo ini menempatkan sekitar 4,000 haiwan daripada lebih 200 spesies, termasuk gajah, unta dan satu-satunya gorila di Ukraine.
Bagi kakitangan di zoo berkenaan, peluang untuk memindahkan haiwan di sini telah pun berlalu.
"Hampir mustahil untuk memindahkan haiwan; mustahil untuk menyediakan perkhidmatan dan pengangkutan veterinar yang sesuai.
"Buat masa ini, kami mempunyai bekalan makanan selama kira-kira 10 hari," kata ketua Zoo Kiev, Kyrylo Trantin.
Pertempuran hebat berhampiran Zoo Kyiv menimbulkan kebimbangan terhadap kesejahteraan haiwan di situ.
Menurut Trantin, gajah dan spesies lain yang mudah terjejas diberi ubat penenang.
Gajah Asia diberi nama Horace sangat takut dengan letupan sehingga diberikan ubat penenang.
Kuda belang pula disimpan di dalam bangunan selepas ia panik dengan bunyi tembakan dan merempuh pagar.
Seekor lemur bernama Maya pula hampir menyebabkan bayinya mati apabila tergesa-gesa meninggalkan anaknya itu akibat terkejut.
Anak Maya yang baru berusia dua hari itu kemudian dijaga rapi oleh petugas zoo.
Untuk menyelamatkannya, mereka membungkus si kecil dengan kain dan memberinya susu formula melalui picagari.
"Bayraktar" nama yang dipilih untuk anak lemur itu sempena dron Turki yang digunakan oleh tentera Ukraine.
Bagi pekerja zoo berkenaan, kelahiran anak lemur itu menjadi sumber kegembiraan di kala perang melanda kawasan itu.
Kehadiran Bayraktar menjadi "sesuatu yang positif" di tengah-tengah kemusnahan yang begitu banyak.
Zoo Kiev menjadi mangsa perang kerana kedudukannya yang terletak bersebelahan penempatan tentera utama Ukraine yang menjadi laluan serangan Rusia.
Haiwan di sini semakin menunjukkan tanda-tanda tertekan.
Ia ketakutan apabila mendengar siren dan letupan sepanjang hari, malah tembakan sering juga kedengaran pada waktu malam.
Bagi penjaga di sini, tiada yang lebih utama selain keselamatan haiwan di bawah jagaan mereka.
Untuk itu, kira-kira 50 kakitangan zoo ini berpindah ke bangunan yang luas di sini untuk menjaga haiwan sepanjang masa.
Malah, mereka turut membawa kira-kira 30 ahli keluarga bersama dalam misi ini.
"Oleh kerana perang menyebabkan haiwan begitu tertekan, ada yang telah dipindahkan ke kandang dalaman dan galeri bawah tanah.
"Malah penjaga zoo juga bermalam bersama haiwan," tambah Trantin.
Di kala serangan Rusia kian meningkat di kawasan kediaman, beberapa zoo lain di Ukraine dilaporkan berjaya memindahkan haiwan mereka ke negara jiran.
Haiwan dari pusat perlindungan beruang Save Wild berhampiran Kiev diangkut ke Poznan di Poland, di mana sebuah zoo di sana menawarkan perlindungan sepanjang tempoh perang.
Walaupun dikelilingi kereta kebal Rusia sepanjang perjalanan, konvoi lima beruang itu berjaya melepasi lokasi bergolak dan tiba dengan selamat ke destinasi; sesuatu yang dianggap ajaib bagi pekerja zoo.
Astro Awani
Wed Mar 09 2022
Trantin menenangkan seekor gajah di Zoo Kiev ketika serangan bertalu-talu tentera Rusia di Ukraine. -AP
Apa yang merisaukan rakyat Malaysia?
Tahap keyakinan dan kerisauan utama rakyat Malaysia. Sumber : Kenyataan Media IPSOS.
Dialog Tiga Penjuru: Trump 2.0, Apa Nasib Gaza?
Donald Trump kembali ke White House, sejauh mana janji untuk menghentikan perang ke atas Gaza dapat direalisasikan atau sekadar retorik? Apa pula tumpuan Sidang Kemuncak Tergempar Negara Arab-Islam di Riyadh 11 November ini? Cadangan resolusi penyingkiran Israel daripada UN, adakah semudah dijangka? Dialog Tiga Penjuru Khamis 8.30 malam
Polis bunuh pelajar: Analisis kimia dapati motosikal berlanggar dengan Ativa
Analisis itu mendapati terdapat perpindahan bahan bukti yang diambil daripada kedua-dua kenderaan berkenaan.
Sanusi mohon maaf, akui hubungan Kedah-Pusat bertambah baik
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui hubungan antara kerajaan negeri pimpinannya dengan Kerajaan Persekutuan bertambah baik terutama membabitkan projek-projek pembangunan di negeri Jelapang Padi demi manfaat keseluruhan penduduknya.
Dua beranak maut ditikam di kawasan apartmen
Dua beranak maut ditikam seorang lelaki dalam kejadian di sebuah apartmen di Lengkok Angsana, Ayer Itam, Pulau Pinang pada Khamis.
Vivy dibawa keluar dari bangunan SPRM, suami masih di dalam
Selepas dua jam memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dilihat meninggalkan bangunan tersebut sekitar jam 4.05 petang.
Pantau Agenda Reformasi: Pasca kemenangan Trump | Navigasi ASEAN dalam era baharu AS
Ann Francke, CEO Chartered Management Institute, membincangkan implikasi pentadbiran Presiden Donald Trump terhadap ASEAN. Francke memberikan pandangan tentang pendekatan strategik yang boleh diambil oleh negara-negara ASEAN untuk menghadapi cabaran dan peluang yang dibawa oleh pentadbiran baharu AS.
ASEAN: Malaysia harap Amerika tingkat penglibatan di Asia Tenggara - Zambry
Sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia berharap Amerika Syarikat (AS) dapat meningkatkan lagi penglibatannya di Asia Tenggara.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
JS-SEZ dijangka ditandatangani 9 Disember depan - Onn Hafiz
Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di antara Malaysia dengan Singapura dijangka ditandatangani pada 9 Disember depan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Krisis Rusia-Ukraine ancam haiwan di Zoo Kiev
Zoo ini menempatkan sekitar 4,000 haiwan daripada lebih 200 spesies, termasuk gajah, unta dan satu-satunya gorila di Ukraine.