Pengerusi parti Komunis Unified Marxis-Lenin, CPN-UML Nepal, KP Sharma Oli dipilih sebagai Perdana Menteri Nepal ke-38, menewaskan penyandang jawatan itu, Sushil Koirala pada Ahad.
Oli yang memimpin parti kedua terbesar di Parlimen memperoleh 338 undi daripada 598 undi manakala penyandang Perdana Menteri Koirala yang juga pengerusi parti terbesar di Parlimen hanya memperoleh 249 undi pada pemilihan yang diadakan di Parlimen Nepal.
"Dengan ini, saya mengisytiharkan KP Oli sebagai Perdana Menteri," kata Speaker Parlimen Subash Chandra Nembang ketika mengumumkan keputusan pilihan raya.
Pemilihan Perdana Menteri baharu diadakan mengikut peruntukan Perlembagaan baharu yang menyatakan bahawa "Perdana Menteri baharu hendaklah dipilih dalam tempoh seminggu permulaan sidang pertama Parlimen selepas pengisytiharan Perlembagaan Baharu".
Perlembagaan baharu Nepal telah diisytiharkan pada 20 Sept tahun ini.
Oli turut mendapat sokongan daripada parti ketiga dan keempat terbesar di Parlimen sementara Koirala hanya mendapat sokongan beberapa parti serpihan.
Selepas pemilihan berkenaan, Oli dengan gembiranya memberitahu pemberita, "Saya gembira untuk mendapatkan sokongan padu daripada pihak lain dan saya akan memberi komitmen untuk menangani krisis semasa yang dihadapi negara ini, terutamanya berkaitan sekatan sempadan dengan India."
Sementara Koirala berkata, "Saya akan memberi kerjasama kepada Perdana Menteri baharu berdasarkan isu."
Oli juga adalah Perdana Menteri komunis yang keenam di Nepal. Di Nepal Perdana Menteri bertindak sebagai Ketua Eksekutif manakala Presiden hanyalah untuk majlis rasmi.
Bernama
Mon Oct 12 2015
![KP Sharma Oli dipilih sebagai Perdana Menteri Nepal baharu KP Sharma Oli dipilih sebagai Perdana Menteri Nepal baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81444578674_KhadgaPrasadSharma.jpg)
KP Sharma Oli waves after being elected as new Prime Minister of Nepal at the country's parliament in Kathmandu on Sunday. - EPA/Narendra Shrestha
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Lelaki ditahan ubah suai foto muka Perdana Menteri Nepal pada tubuh monyet Lelaki ditahan ubah suai foto muka Perdana Menteri Nepal pada tubuh monyet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81535071050_KPSharmaOli.jpg)
Lelaki ditahan ubah suai foto muka Perdana Menteri Nepal pada tubuh monyet
Seorang lelaki ditangkap kerana didakwa berkongsi gambar muka Perdana Menteri Nepal, KP Sharma Oli pada tubuh badan seekor monyet di laman sosial Facebook.
![KP Sharma Oli dipilih sebagai Perdana Menteri Nepal baharu KP Sharma Oli dipilih sebagai Perdana Menteri Nepal baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81444578674_KhadgaPrasadSharma.jpg)
KP Sharma Oli dipilih sebagai Perdana Menteri Nepal baharu
KP Sharma Oli dipilih sebagai Perdana Menteri Nepal ke-38, menewaskan penyandang jawatan itu, Sushil Koirala pada Ahad.