Koronavirus: Wanita tikam dua pelanggan kerana berebut antiseptik di pasar raya

Agensi
Februari 13, 2020 12:14 MYT
Video tular memaparkan seorang wanita menikam dua pelanggan semata-mata berebutkan sebotol antiseptik. -Twitter Wu Lebao
Selain kematian yang disebabkan jangkitan koronavirus (COVID-19), virus itu turut menyumbang kepada pergaduhan sesama sendiri dalam kalangan rakyat di China.
Dalam keadaan penduduk yang semakin bimbang dan ketakutan dengan keadaan sekeliling, masing-masing cuba menunjukkan 'kekuatan' untuk memastikan diri terjamin.
Terkini, sebuah video tular memaparkan seorang wanita yang bertindak kejam menikam dua pelanggan lain semata-mata berebut sebotol antiseptik yang terakhir di sebuah pasar raya.
Antiseptik mendapat permintaan ramai sejak negara itu sejak tercetusnya penularan wabak COVID-19.
Dalam klip itu, wanita berkenaan dikatakan menikam dua pelanggan lain termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di sebuah pasar raya di bandar Wuhan.
Klip video kejadian itu dikongsi Wu Lebao di akaun Twitternya. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian.
Turut disiarkan dalam video itu keluarga mangsa yang menjerit dengan kesan darah di atas lantai premis pasar raya.
Dalam tweet terbaharunya, Wu memaklumkan bahawa kedua-dua mangsa yang cedera berjaya diselamatkan dan suspek kini ditahan.

Luckily the two victims survive. https://t.co/dXBhzHVtZh pic.twitter.com/O1kX1rKeCY

— Wu Lebao (@MerlotN) February 12, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam perkembangan lain, banyak klip video yang tular membabitkan penduduk di China terutama di Wuhan dikatakan melakukan pembelian panik sehingga berlaku perebutan dan seterusnya pergaduhan yang serius.
Ada juga video yang memaparkan penduduk menawarkan jumlah wang yang banyak merayu untuk membeli beras sebagai stok simpanan makanan di rumah masing-masing.
COVID-19 kini dilaporkan telah berjangkit di sekitar 30 negara dengan jumlah pesakit melebihi 60,000 dan sekitar 50,000 babitkan negara China.
#antiseptik #China #COVID-19 #Hubei #jangkitan #koronavirus #tikam pelanggan #virus #Wuhan
;