Koronavirus: Beijing batalkan sambutan Tahun Baharu Cina secara besar-besaran

Agensi
Januari 23, 2020 20:34 MYT
Pihak berkuasa Beijing membatalkan semua sambutan Tahun Baharu Cina secara besar-besaran untuk mengawal penyebaran koronavirus Wuhan. - Foto REUTERS
Pihak berkuasa Beijing hari ini membatalkan sambutan Tahun Baharu Cina secara besar-besaran sebagai usaha mengekang penyebaran koronavirus yang bermula di Wuhan, China.
Jurucakap Biro Pelancongan dan Kebudayaan Beijing dalam satu kenyataan memaklumkan pembatalkan semua sambutan secara besar-besaran, termasuk upacara di kuil.
"Untuk mengawal wabak tersebut, melindungi kehidupan dan kesihatan rakyat, mengurangkan perhimpunan besar-besaran dan memastikan orang ramai menyambut perayaan dengan aman dan harmoni, kami memutuskan untuk membatalkan semua sambutan secara besar-besaran, termasuk upacara di kuil, di Beijing hari ini," kata jurucakap tersebut dalam satu kenyataan pada Khamis.
BACA: Koronavirus: Selepas Wuhan, bandar Huanggang dalam keadaan berjaga-jaga
Dalam pada itu, pihak berkuasa China berharap agar rakyatnya mematuhi arahan tersebut.
Selain itu, pengendali keretapi China State Railway Group berkata penumpang yang sudah membeli tiket akan mendapat pampasan penuh di seluruh negara mulai hari Jumaat.
#Beijing #China State Railway Group #koronavirus #koronavirus Wuhan #sambutan Tahun Baharu Cina #Tahun Baharu Cina #Wuhan
;