Koronavirus: 328 pesakit dibenar pulang

Astro Awani
Februari 3, 2020 01:07 MYT
Seorang pengawal Korea Selatan berdiri berdekatan notis berhubung koronavirus baru di hadapan pavilion Bosingak di Seoul, Korea Selatan, 2 Feb, 2020. (Foto AP)
SEJUMLAH 328 pesakit yang sebelum ini dijangkiti novel koronavirus 2019 nCoV dibenarkan keluar dari hospital selepas selesai menjalani proses pemulihan.
Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) China, kesemua pesakit itu dibenarkan pulang pada Sabtu, selepas dua ujian asid nukleik menunjukkan hasil negatif.
Pada masa sama, suhu badan mereka juga kembali normal selama tiga hari berturut-turut tanpa sebarang masalah pernafasan.
Antara individu yang disahkan bebas dari jangkitan koronavirus itu adalah Jiang, yang merupakan kes disembuhkan pertama di bandar Loudi.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Koronavirus ragut lebih 300 nyawa
Sebahagian besar daripada pesakit yang berjaya disembuhkan ini, tinggal di bandar Loudi, Anhui, Bozhou, Hefei, Jining dan Harbin yang terletak dalam beberapa wilayah berasingan di China.
Kesemua mereka dilaporkan mempunyai kontak dengan invididu dijangkiti koronavirus di Wuhan.
#China #Hospital #kesihatan #koronavirus #Wuhan