Pemindahan perubatan yang jarang berlaku disyorkan oleh organisasi antarabangsa atau negara asing dengan penyelarasan pihak berkuasa Israel.
Rangkaian hospital Baitulmuqaddis timur dan pakar perubatan hak asasi manusia Israel (PHRI) menggesa pembukaan semula segera Gaza ke Koridor Perubatan Timur Baitulmuqaddis kerana kira-kira 25,000 pesakit memerlukan rawatan segera.
Pengarah Hospital Augusta Victoria di timur Baitulmuqaddis, Fadi Atrash berkata, pembukaan semula koridor pemindahan adalah penting bagi membolehkan pihaknya menyediakan rawatan penting di hospital itu kerana mempunyai ruang dan kepakaran perubatan.
Semasa pemindahan luar biasa kira-kira 200 pesakit dari Gaza pada awal November lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kira-kira 14,000 orang sedang menunggu pemindahan perubatan.
Beberapa hari kemudian, Doctors Without Borders (MSF) berkata, pihak berkuasa Israel menyekat tanpa penjelasan pemindahan perubatan lapan kanak-kanak dan penjaga mereka dari Gaza yang memerlukan rawatan perubatan, termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun ke hospital MSF di Jordan.
Sebelum perang tercetus, pesakit di Gaza, yang memerlukan rawatan perubatan tidak tersedia di wilayah Palestin, boleh dipindahkan ke hospital di timur Baitulmuqddis atau Tebing Barat yang diduduki serta, dalam beberapa kes, di Israel.
Bagaimanapun, sejak perang Gaza meletus tahun lalu, mekanisme itu tidak lagi berfungsi.