Korea Selatan catat 229 kes baharu, kematian kedua akibat COVID-19
Agensi
Februari 22, 2020 18:39 MYT
Februari 22, 2020 18:39 MYT
Korea Selatan merekodkan 229 lagi kes positif jangkitan wabak COVID-19, menjadikan jumlah semasa jangkitan di negara itu kepada 433.
Memetik laporan Channel News Asia, negara itu juga mencatat jumlah kes kedua tertinggi jangkitan COVID-19 selain China.
Selain itu, Korea Selatan turut melaporkan kematian kedua akibat jangkitan virus berkenaan di negara tersebut.
Kebanyakan kes terbaharu itu didaftarkan di hospital di daerah Cheongdo, tidak jauh dari bandar Daegu.
Sejumlah besar mangsa dikaitkan dengan seorang wanita berusia 61 tahun yang merupakan anggota cawangan Daegu dari Gereja Shincheonji, yang disahkan positif COVID-19 pada 10 Februari lalu.
Daegu merupakan bandar keempat terbesar di Korea Selatan, dengan jumlah penduduk seramai 2.5 juta.