Operasi pemindahan yang dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berjalan selama 12 jam.
Mengulas lanjut, PBB melaporkan bahawa 16 orang telah dipindahkan dari hospital tersebut.
Pengarah Hospital Kamal Adwan, Hossam Abu Safia memaklumkan operasi itu turut membawa bekalan bahan bakar ke hospital.
Dalam pada itu, tentera Israel berkata pihaknya bertindak terhadap pejuang Hamas yang menggunakan bangunan awam dan memaklumkan arahan pemindahan yang jelas telah dikeluarkan beberapa hari sebelum itu termasuk di Hospital Kamal Adwan.
Israel mendakwa pihaknya menghantar semula tentera ke kawasan utara Gaza sejak seminggu lalu untuk menghapuskan Hamas yang didakwa akan memulakan serangan seterusnya.
Sementara itu, Hamas menafikan anggota mereka beroperasi dan menjejaskan orang awam.