KUMPULAN Taliban mengumumkan pada Ahad pihaknya sedang mengadakan rundingan bertujuan membentuk kerajaan inklusif di Afghanistan.
Jurucakap dan perunding Taliban, Suhail Shaheen, berkata demikian kepada The Associated Press (AP) selepas mereka menguasai sebahagian besar negara itu dalam masa beberapa hari dan menguasai ibu kota, Kabul.
Pada masa sama, Amerika Syarikat yang telah mengeluarkan tenteranya daripada negara itu selepas 20 tahun perang, turut membawa keluar diplomat dan warganya yang masih tinggal.
"Saya fikir, kerajaan inklusif Afghan ialah yang diminta dan dimahukan rakyat Afghanistan. Mereka mahukan pemerintahan ini.
"Dan anda mungkin pernah lihat, setiap kali kami memasuki bandar, orang ramai berkumpul dan beratur di sepanjang jalan raya serta menyambut pasukan kami.
"Jadi, ini adalah kebangkitan yang disukai ramai. Dan hasilnya, semua wilayah jatuh kepada kami, kerana sokongan orang ramai kita dapat bertahan selama 20 tahun menentang penaklukan," katanya.
Kata Shaheen, Taliban tidak bimbang kerana mendapat sokongan rakyat Afghanistan dan tidak timbul isu kesahihan kerana pengiktirafan ialah hak mereka.
"Kami tidak bimbang kerana kami mendapat sokongan rakyat Afghanistan. Jadi, saya rasa, kesahihan dan pengiktirafan adalah hak kami.
"Jika orang lain tidak mempedulikan kehendak rakyat Afghanistan, terserah kepada mereka. Tetapi saya fikir, ia tidak adil, itulah yang saya fikirkan," katanya.
Sebelum ini, seorang pegawai Taliban menyatakan kumpulan itu akan mengumumkan kerajaan baharu dari Istana Presiden.
Bagaimanapun, setakat ini pelan itu terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.
AP Newsroom
Sun Aug 15 2021
![Konflik Afghanistan: Taliban mahu tubuh kerajaan inklusif Konflik Afghanistan: Taliban mahu tubuh kerajaan inklusif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629063421_TalibanKabul.jpg)
Kumpulan Taliban mula memasuki Kabul pada Ahad selepas menguasai semua bandar utama di Afghanistan. REUTERS
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Afghanistan siap sedia sambut Aidiladha meski berdepan cabaran ekonomi Afghanistan siap sedia sambut Aidiladha meski berdepan cabaran ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718507756_afghanistandaging.jpg)
Afghanistan siap sedia sambut Aidiladha meski berdepan cabaran ekonomi
Kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi mengurangkan kuasa beli rakyat Afghanistan secara drastik, menyukarkan mereka untuk melaksanakan ibadah korban.
![Tehran dakwa penjajahan asing sebagai punca utama masalah Afghanistan Tehran dakwa penjajahan asing sebagai punca utama masalah Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713357385_tbAfghanwoman.jpg)
Tehran dakwa penjajahan asing sebagai punca utama masalah Afghanistan
Punca masalah dan cabaran Afghanistan ialah pendudukan negara itu sebelum ini dan kurangnya perhatian terhadap pembangunan ekonominya oleh bekas penjajah.
![Pilihan raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup Pilihan raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707382428_TBgeneralelection.jpg)
Pilihan raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup
Pihak berkuasa Pakistan menggantung perkhidmatan mudah alih dan menutup sempadan dengan negara jiran Afghanistan dan Iran selepas insiden pengeboman.
![150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan 150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662523236_Afghanistan.jpg)
150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.
![Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682072388_TBafghan.jpg)
Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.
![Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703158101_Herizal.jpg)
Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis
Afghanistan perlu memecahkan persepsi negatif terhadap negaranya dan meraih semula penghormatan komuniti antarabangsa untuk membangun.
![Genosid di Gaza hancurkan 'kredibiliti' pertubuhan dunia - Afghanistan Genosid di Gaza hancurkan 'kredibiliti' pertubuhan dunia - Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699770973_TBAlShifahospital.jpg)
Genosid di Gaza hancurkan 'kredibiliti' pertubuhan dunia - Afghanistan
Afghanistan mengutuk sekeras-kerasnya rejim Israel itu kerana meneruskan pengeboman yang membunuh ratusan rakyat Palestin sejak jeda kemanusiaan tamat pada Jumaat.
![Gempa bumi landa barat laut Afghanistan, 100 cedera Gempa bumi landa barat laut Afghanistan, 100 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696689815_AfghanistanGempa.jpg)
Gempa bumi landa barat laut Afghanistan, 100 cedera
Sekurang-kurangnya 100 orang cedera selepas satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan barat laut Afghanistan pada Ahad.
![80 cedera dalam gempa bumi kuat di Afghanistan 80 cedera dalam gempa bumi kuat di Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696720086_Afghanistanearthqua.jpg)
80 cedera dalam gempa bumi kuat di Afghanistan
Menurut penduduk tempatan, kebanyakan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.
![Angka kematian gempa bumi Afghanistan meningkat lebih 2,000 orang Angka kematian gempa bumi Afghanistan meningkat lebih 2,000 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696720086_Afghanistanearthqua.jpg)
Angka kematian gempa bumi Afghanistan meningkat lebih 2,000 orang
Lebih 2,000 orang maut selepas beberapa gempa bumi kuat menggegarkan barat Afghanistan pada Sabtu.