BANGKOK: Klip rakaman video lucu memaparkan seekor anak kucing masuk dan keluar dari botol kecil telah mencuit hati pengguna media sosial sehingga meraih 49 juta kali tontonan di TikTok, lapor Thaiger.

Ketangkasaan dan fleksibiliti yang ditunjukkan anak kucing bulu berwarna kelabu dan putih membuatkan penonton terpesona dengan gelagat si kecil itu.

Video yang disiarkan pada 20 Ogos, 2023 dalam akaun TikTok @cute_cat321 yang berdurasi 15 saat merakamkan detik mencemaskan di mana anak kucing masuk melalui mulut botol kecil dan kemudian keluar semula.

Dalam video tersebut, anak kucing itu dilihat merangkak masuk dari mulut botol dan kemudian membuat pusingan 'U' dan keluar semula dengan menggunakan kaedah sama.



Klip tersebut tular di TikTok dan tiga hari selepas disiarkan ia telah ditonton puluhan juta kali dan mendapat 9,000 komen.

Turut mencuit hati, riak muka ditunjukkan ibu kucing tersebut seolah-olah risau akan tindakan anaknya jika tidak berjaya keluar dari botol tersebut. - Sinar Harian memetik agensi