TOKYO: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada Khamis mengakui mengemukakan laporan yang tidak lengkap mengenai perbelanjaan kempennya semasa pilihan raya umum tahun lepas, Xinhua memetik laporan media tempatan.
Menurut penyiar awam Jepun NHK, majalah mingguan Shukan Bunshun edisi dalam talian melaporkan mengenai perbelanjaan perdana menteri yang turut menunjukkan bahawa pejabatnya telah menyerahkan 94 resit tanpa alamat atau penerangan mengenai perbelanjaan itu.
Ini, kata Shukan Bunshun, mungkin melanggar undang-undang pilihan raya Jepun.
Pendedahan mengenai kemungkinan pembiayaan pilihan raya yang tidak sewajarnya berlaku berikutan beberapa skandal dan penyelewengan pembiayaan lain yang telah menyebabkan tiga menteri Kishida dipecat dalam tempoh kurang sebulan, di tengah kemerosotan sokongan orang ramai terhadap kabinet Kishida.
Kishida sendiri memberitahu pemberita pada Khamis bahawa perbelanjaan yang terlibat dengan kempennya adalah sesuai, namun mengakui terdapat "kekurangan" dalam resit yang dilampirkan.
Kishida, yang juga ketua Parti Liberal Demokratik (LDP) yang memerintah, berkata orang yang bertanggungjawab ke atas resit itu mengetahui tujuan resit namun telah mengabaikan keperluan untuk menambah butiran yang diperlukan pada resit fizikal.
Susulan pendedahan terbaru isu berkaitan LDP membabitkan laporan dana politik, kali ini membabitkan perdana menteri sendiri, Kishida di tengah-tengah spekulasi mengenai rombakan kabinet berikutan tiga menterinya dipecat baru-baru ini berkata beliau tidak merancang merombak kabinetnya.
Beliau berkata kabinetnya "berhasrat untuk memberi tumpuan kepada pelbagai cabaran politik", seperti perbincangan dalam sidang parlimen yang sedang berjalan dan berusaha untuk menyemak semula tiga dokumen pertahanan utama menjelang akhir tahun, menurut akaun media tempatan.
Tekanan bagaimanapun semakin meningkat ke atas Kishida untuk mendapatkan kembali kepercayaan kabinetnyadengan pemerhati politik berkata rombakan kabinet dan penyusunan semula barisan kepimpinan LDP sebelum akhir tahun merupakan "langkah yang boleh dijangkakan".
Rombakan kabinet terakhir berlaku pada awal Ogos, yang merupakan penstrukturan pertama kabinetnya sejak Kishida memegang jawatan pada Oktober 2021.
Sama ada rombakan kabinet berlaku atau tidak, parti pembangkang dan orang ramai semakin marah dan tidak percaya kepada kabinet Kishida berikutan bekas menteri dalam negeri Minoru Terada dipecat pada Ahad kerana kaitannya dengan skandal pembiayaan politik, dan sebelum itu, bekas -menteri pemulihan ekonomi Daishiro Yamagiwa dipecat kerana mempunyai hubungan dengan greja kontroversi Unification.
Tamparan awal kepada sokongan kabinet Kishida berlaku apabila Menteri Kehakiman Yasuhiro Hanashi meletak jawatan kerana kenyataan yang meremehkan peranannya dalam mengarahkan hukuman mati bagi banduan di Jepun.
Menteri pembinaan semula Kenya Akiba juga dikecam oleh kem pembangkang kerana didakwa menyalahgunakan dana politik, bersama-sama dengan pelanggaran undang-undang pilihan raya pejabat awam, kata media tempatan, berdasarkan laporan dalam majalah mingguan.
Akiba didakwa membayar kira-kira 200,000 yen (AS$1,400) kepada setiausaha kerajaan negerinya sebagai bantuan kepada mereka yang terlibat dengan kempen untuk dipilih semula ke dewan perundangan pada Oktober 2021.
Jika terbukti, ia melanggar undang-undang pilihan raya Jepun.
Menteri hal ehwal dalam negeri Takeaki Matsumoto yang menyandang jawatan itu beberapa hari lalu berikutan pemecatan menteri lama akibat skandal juga menjadi perhatian selepas dakwaan kemungkinan pelanggaran dana politik.
Organisasi pengurusan dana politik Matsumoto disyaki menjual lebih banyak tiket untuk pihak yang mengumpul dananya berbanding jumlah tempat duduk, menurut sumber yang mengetahui perkara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 24 2022
![Kishida mengaku perbelanjaan kempennya tidak lengkap, nafi rombakan kabinet Kishida mengaku perbelanjaan kempennya tidak lengkap, nafi rombakan kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668849164_FumioKishida.jpg)
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada Khamis mengakui mengemukakan laporan yang tidak lengkap mengenai perbelanjaan kempennya semasa pilihan raya umum tahun lepas. - Gambar fail/REUTERS
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720347992_TBMaalHijrah.jpg)
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
![PM Anwar, Kishida adakan pertemuan perkukuh hubungan Malaysia-Jepun PM Anwar, Kishida adakan pertemuan perkukuh hubungan Malaysia-Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699155062_AnwarFumioKishida.jpg)
PM Anwar, Kishida adakan pertemuan perkukuh hubungan Malaysia-Jepun
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada rakan sejawatnya dari Jepun, Fumio Kishida di Seri Perdana.
![PM Jepun Fumio Kishida adakan lawatan kerja 2 hari ke Malaysia PM Jepun Fumio Kishida adakan lawatan kerja 2 hari ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651741549_FumioKishida.jpg)
PM Jepun Fumio Kishida adakan lawatan kerja 2 hari ke Malaysia
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida akan mengadakan Lawatan Kerja ke Malaysia pada 4-5 Nov.
![Presiden Yoon, Kishida setuju realisasikan sidang kemuncak Korea Selatan-Jepun-China Presiden Yoon, Kishida setuju realisasikan sidang kemuncak Korea Selatan-Jepun-China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694340527_TBMASHG.jpg)
Presiden Yoon, Kishida setuju realisasikan sidang kemuncak Korea Selatan-Jepun-China
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida bersetuju untuk berusaha ke arah merealisasikan sidang kemuncak tiga hala dengan China.
![Suspek serangan letupan ke atas PM Jepun Kishida didakwa Suspek serangan letupan ke atas PM Jepun Kishida didakwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693982766_pipebomb.jpg)
Suspek serangan letupan ke atas PM Jepun Kishida didakwa
Seorang lelaki didakwa atas serangan menggunakan bahan letupan yang menyasarkan Perdana Menteri Fumio Kishida semasa acara pilihan raya di barat Jepun pada April.
![Perdana Menteri Jepun akan lawat loji kuasa nuklear Fukushima sebelum keputusan pelepasan air Perdana Menteri Jepun akan lawat loji kuasa nuklear Fukushima sebelum keputusan pelepasan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668849164_FumioKishida.jpg)
Perdana Menteri Jepun akan lawat loji kuasa nuklear Fukushima sebelum keputusan pelepasan air
Kishida juga berkata beliau merancang untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pekerja pengendali RFN, Tokyo Electric Power Company (TEPCO).
![PM Jepun Fumio Kishida terselamat insiden letupan bom asap, suspek ditahan PM Jepun Fumio Kishida terselamat insiden letupan bom asap, suspek ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681534811_JapanesePrimeMinis.jpg)
PM Jepun Fumio Kishida terselamat insiden letupan bom asap, suspek ditahan
Seorang lelaki ditahan selepas disyaki melempar objek menyerupai suar dengan asap dilemparkan ke arah perdana menteri.
![Kishida mengaku perbelanjaan kempennya tidak lengkap, nafi rombakan kabinet Kishida mengaku perbelanjaan kempennya tidak lengkap, nafi rombakan kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668849164_FumioKishida.jpg)
Kishida mengaku perbelanjaan kempennya tidak lengkap, nafi rombakan kabinet
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida mengakui mengemukakan laporan yang tidak lengkap mengenai perbelanjaan kempennya semasa pilihan raya umum tahun lepas.
![PM Jepun pecat Menteri Kehakiman berhubung ulasan kontroversi - Laporan PM Jepun pecat Menteri Kehakiman berhubung ulasan kontroversi - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665988493_TBJEPUNUNGA.jpg)
PM Jepun pecat Menteri Kehakiman berhubung ulasan kontroversi - Laporan
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida telah membuat keputusan untuk memecat Menteri Kehakiman Yasuhiro Hanashi berhubung kenyataannya mengenai tugas berkaitan menandatangani hukuman mati.
![PBB perlu pembaharuan untuk kembalikan kredibilitinya - PM Jepun PBB perlu pembaharuan untuk kembalikan kredibilitinya - PM Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663739701_TBJEPUNUNGA.jpg)
PBB perlu pembaharuan untuk kembalikan kredibilitinya - PM Jepun
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu membuat pembaharuan dan memperkukuhkan fungsinya untuk mengembalikan kredibilitinya.
![Jepun akan laksana langkah-langkah tangani inflasi Jepun akan laksana langkah-langkah tangani inflasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660123543_JAPAN.jpg)
Jepun akan laksana langkah-langkah tangani inflasi
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata langkah-langkah baharu untuk mengurangkan inflasi akan menjadi keutamaan bagi kabinet baharunya.