JAKARTA: Purata kiriman wang pekerja Indonesia dari 2015 hingga 2019 mencecah US$9.8 bilion setiap tahun, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto.
Kiriman wang ini memberi faedah kewangan kepada keluarga mereka di tanah air dan menjadi pemangkin dalam meningkatkan nilai pertukaran asing negara.
Indonesia, negara keempat paling ramai penduduk di dunia, secara konsisten menikmati kiriman wang daripada rakyat yang bekerja di luar negara, dan golongan ini digelar sebagai 'Wira Kiriman Wang'.
Airlangga dalam satu kenyataan berkata pekerja asing telah menjadi tonggak pertumbuhan ekonomi negara kerana turut menyumbang kepada pendapatan negara dan produktiviti ekonomi.
Beliau berkata negara itu menerima kiriman wang berjumlah US$22 juta daripada rakyatnya di Korea Selatan pada suku kedua 2022.
Pada 22 Ogos, Indonesia menghantar kira-kira 551 pekerja asing ke Korea Selatan di bawah skim pengambilan antara kerajaan dengan kerajaan untuk sektor pembuatan dan perikanan.
Kerajaan Indonesia terus berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan serta perlindungan rakyatnya seperti skim pengambilan antara kerajaan dengan kerajaan dan membasmi sindiket penempatan pekerja haram.
Di bawah skim itu, kos seperti yuran penempatan, bayaran tiket pergi balik, visa kerja, latihan kerja, sijil, penggantian pasport, pemeriksaan kesihatan, pengangkutan dan penginapan turut dikecualikan.
Kerajaan turut memperuntukkan pinjaman sehingga 100 juta rupiah (US$6,726) menerusi 'Kredit Usaha Rakyat' untuk membiayai modal mereka yang bekerja di luar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 24 2022

Indonesia, negara keempat paling ramai penduduk di dunia, secara konsisten menikmati kiriman wang daripada rakyat yang bekerja di luar negara. - Gambar hiasan/ Bernama

Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dirampas
Dua lelaki ditahan di sebuah rumah teres di kawasan perumahan di Segambut di sini ketika sedang leka memindahkan bungkusan hitam berisi bunga kanabis seberat kira-kira 42 kilogram (kg).
Suruhanjaya Kredit Pengguna diharap tingkat keyakinan pengguna terhadap ketelusan institusi kewangan - Penganalisis
Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata Suruhanjaya Kredit Pengguna yang akan diwujudkan diharapkan dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap ketelusan institusi kewangan. Tambah Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof, suruhanjaya berkenaan juga diharap dapat menyeleraskan kontrak pembelian demi melindungi pengguna. #DialogPoketRakyat
RUU Kredit Pengguna selia semua pembelian secara kredit oleh pengguna - Penganalisis
Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna dijangka akan memusatkan semua perundangan dan kuasa penyeliaan bagi transaksi pembelian secara kredit oleh pengguna di bawah satu agensi persekutuan. Penasihat Persatuan Ekonomi Pengguna & Keluarga (MACFEA), Prof. Dr. Faridah Hassan pula berharap RUU ini akan menyelia semua institusi kewangan dibawah naungan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). #DialogPoketRakyat
BNPL banyak perangkap hutang, promosi jualan dan kontrak tidak jelas - Penganalisis
Skim Beli Dulu Bayar Kemudian (BNPL) yang ditawarkan mempunyai pelbagai perangkap hutang kepada pengguna. Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata perangkap tersebut dalam bentuk kadar kredit yang tinggi. Bagi Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof pula perangkap itu dalam bentuk promosi yang menggiurkan. Manakala Penasihat Persatuan Ekonomi Pengguna & Keluarga (MACFEA), Prof. Dr. Faridah Hassan berkata perangkap tersebut melibatkan kontrak jualan atau pinjaman yang sukar difahami pengguna. #DialogPoket Rakyat

MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan
MAIWP menzahirkan penghargaan kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang membolehkan program kebajikan seperti ini diteruskan.
#AWANIRingkas 14 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas

Cabaran Malaysia di All England berakhir
Cabaran Malaysia dalam saingan badminton All England berakhir selepas dua wakil terakhir negara, tersingkir di peringkat suku akhir hari ini.

Terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud: Pesara rugi RM2.3 juta
Seorang pesara terpaksa berputih mata setelah mengalami kerugian RM2.3 juta apabila terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.

Kepulauan Riau antara 'hotspot' penyeludupan pekerja migran Indonesia
Kepulauan Riau dikenal pasti sebagai salah satu 'hotspot' pemerdagangan manusia di Indonesia, kata Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan Mahfud MD.

Masalah penempatan tenaga kerja Indonesia di Malaysia perlu diselesaikan segera
Penyelesaian segera masalah itu juga akan mengukuhkan aspek perlindungan dan meningkatkan peluang rakyatnya untuk bekerja.

MoU baharu perlu untuk lindungi pekerja Indonesia - Saifuddin
Kuala Lumpur dan Jakarta bersetuju satu memorandum persefahaman (MOU) baharu perlu diadakan bagi melindungi pekerja Indonesia di Malaysia.