MINA: Persiapan khemah jemaah haji Malaysia di padang Arafah dan Mina kini memasuki fasa terakhir dan dijangka siap sepenuhnya tidak lama lagi untuk menerima 31,600 jemaah semasa Operasi Masyair.
Ketua Rombongan Haji Malaysia 1445H/2024M Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman berkata pihak Lembaga Tabung Haji (TH) amat berpuas hati dengan perjalanan persiapan yang dilakukan oleh pihak Mashariq yang begitu komited untuk menyiapkan kawasan Masyair lebih awal dari yang dijadualkan.
“Pada tahun ini juga jemaah haji kita akan berpeluang untuk menikmati beberapa perkhidmatan baharu yang ditambah baik dan diperkenalkan, sebagai contoh di khemah Arafah misalnya, lebih banyak pendingin hawa dipasang untuk memberikan persekitaran yang lebih dingin dan nyaman.
"Begitu juga, tandas-tandas, bilik air, tempat tidur dan juga bekalan air, persiapan ini sebenarnya untuk memastikan ia semua memberi keselesaan kepada jemaah dan sedang giat disiapkan oleh pihak Mashariq," katanya dalam satu sidang media kepada petugas media selepas selesai membuat lawatan Operasi Masyair di Arafah dan Mina, semalam.
Syed Saleh berkata, ketersediaan khemah bersama kemudahan di Arafah serta Mina untuk keperluan 31,600 jemaah Malaysia menjalani kemuncak ibadah haji menjelang hari wukuf kira-kira 11 hari lagi, sudah mencapai tahap 80 peratus di Mina dan 70 peratus di Arafah.
"Kerja-kerja berkenaan sedang giat disiapkan Mashariq, syarikat berpangkalan di Mekah yang memeterai kontrak kerjasama dengan TH. Dan, kita jangkakan kerja-kerja ini siap 100 peratus pada hujung minggu ini, beberapa hari sebelum jemaah bergerak untuk Masyair pada 8 Zulhijjah.
"Ada masa lagi untuk semua kerja berkenaan disiapkan sepenuhnya sebelum kita menerima jemaah Malaysia dalam Operasi Masyair mulai 8 Zulhijjah nanti. Setakat ini, kita berpuas hati dan yakin semua persiapan dari pelbagai aspek termasuk khemah dan keadaan persekitarannya, bekalan elektrik, bilik air dan bekalan air, sajian serta kemudahan untuk keperluan jemaah haji, akan dapat dilaksanakan dengan baik. Persiapan di Arafah sudah selesai 70 peratus, di Mina 80 peratus,” ujar beliau.
Selain itu, beliau berkata, pihak Kerajaan Arab Saudi serta agensi berkaitan turut membuat persediaan rapi bagi memastikan kelancaran Operasi Masyair yang bakal menyaksikan jutaan jemaah haji dari seluruh dunia membanjiri Arafah, Muzdalifah dan Mina.
Mengulas lanjut, Syed Saleh menjelaskan, walaupun jemaah bakal berdepan cabaran keadaan padat dan ruang terhad di khemah dengan cuaca panas ketika Masyair, penyediaan pelbagai kemudahan seperti pendingin hawa dijangka dapat membantu keselesaan mereka, selain pelaksanaan beberapa penambahbaikan pada tahun ini.
“Di Arafah ada banyak pendingin hawa dipasang di khemah-khemah, begitu juga ada surau lengkap dengan pembesar suara. Kemudahan tempat tidur juga lebih selesa dengan adanya tilam, cadar, bantal dan selimut," kata Syed Saleh.
Bagi persiapan di Mina pula Syed Saleh berkata, jemaah Malaysia akan turut menikmati penambahbaikan baharu yang disediakan iaitu khemah telah dipasang dengan karpet yang lebih tebal, selesa dan berkonsep dari dinding ke dinding.
"Ia berbeza sama sekali dengan tahun lepas di mana dinding juga lebih kukuh dan selamat. Terdapat juga ruang ala kafeteria tersedia di kawasan luar khemah, yang berkonsep lebih moden. Malah, terdapat juga dekorasi disediakan supaya khemah kelihatan ceria dan jemaah tidak perlu risau sebaliknya hanya tumpukan kepada ibadah semata-mata. Kita boleh anggap penambahbaikan serta kemudahan untuk muassasah ini adalah setanding dengan pakej," ujar beliau.
Syed Saleh menambah, Malaysia diberi kelebihan untuk memilih tapak khemah berikutan menjadi negara yang pertama menyediakan semua dokumen untuk perjanjian dengan pihak Mashariq pada setiap kali musim haji.
"Sebab itu, kita pilih lokasi yang terbaik. Di Mina, kita pilih di tempat yang paling hampir dengan kawasan melontar, ini untuk memudahkan pergerakan mereka semasa hari tashrik nanti," kata beliau.
Perjanjian antara Mashariq dan TH adalah melibatkan keselesaan khemah di Arafah dan Mina, kemudahan tandas, kualiti sajian, kelancaran pergerakan bas serta waktu melontar di Jamrah.
Mashariq menyediakan kemudahan dan perkhidmatan asas untuk jemaah haji Malaysia khususnya kemudahan ketika berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina pada waktu puncak ibadah haji atau masyair.
Selain itu, kos sambutan jemaah haji Malaysia memasuki Mekah dan penghantaran mereka keluar dari Makkah sama ada ke Madinah ataupun Malaysia, dan tempoh berada di Mekah dikendalikan Mashariq.
Seterusnya, elemen paling penting ialah perkhidmatan serta kemudahan ketika Operasi Masyair seperti dari segi khemah penginapan, penghawa dingin, makan minum, pengangkutan dan pergerakan jemaah haji antara Mekah, Arafah, Muzdalifah serta Mina.
Operasi Masyair merupakan kemuncak kepada keseluruhan operasi haji yang melibatkan pergerakan jemaah haji Malaysia ke Arafah, Mina, Muzdalifah dan Mekah selama lima hari bermula 8 hingga 13 Zulhijjah bagi menyempurnakan ibadah rukun dan wajib haji.
Sebelum ini Mashariq dikenali sebagai Muassasah Tewafa Asia Tenggara yang kini dijenamakan semula sebagai Mashariq.
Hari wukuf tahun ini adalah pada 9 Zulhijjah atau 15 Jun 2024, iaitu kemucak musim panas di Arab Saudi di mana suhu diramalkan mencecah 50 darjah Celcius.
Ini penambahbaikan di Arafah dan Mina bagi keselesaan 31,600 jemaah tahun ini:
1. Di khemah Arafah, lebih banyak tandas dibina untuk kemudahan lebih ramai jemaah.
2. Pendingin hawa lebih banyak dipasang di khemah-khemah di Arafah.
3. Tilam, cadar, selimut nipis dan bantal turut disediakan di dalam pek vakum untuk semua jemaah di khemah Arafah.
4. Bekalan air ditambah untuk memastikan tiada masalah bekalan berlaku di khemah Arafah.
5.Tong-tong air disediakan sebagai persediaan tambahan jika bekalan air terputus di khemah Arafah.
6. Terdapat ruang ala kafe dan buffet minuman panas dan sejuk tersedia di laluan antara khemah jemaah di Mina.
7. Khemah di Mina berubah wajah sama sekali berbanding tahun lepas.
8. Dinding untuk khemah di Mina adalah jenis kalis lembap daripada "gypsum board", lebih kukuh dan selamat.
9. Pendingin hawa ditambah lebih banyak supaya khemah di Mina lebih nyaman dan sejuk untuk cuaca panas semasa hari tashrik.
10. Karpet di khemah penginapan jemaah di Mina adalah lebih tebal dan selesa, dipasang dari dinding ke dinding.
Azlinariah Abdullah
Tue Jun 04 2024
Persiapan khemah jemaah haji Malaysia di padang Arafah dan Mina kini memasuki fasa terakhir dan dijangka siap sepenuhnya tidak lama lagi untuk menerima 31,600 jemaah semasa Operasi Masyair. - Foto ihsan mediahajih
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
Khemah selesa, nyaman dan moden di Arafah dan Mina mengalu-alukan kedatangan 31,600 jemaah
Persiapan khemah jemaah haji Malaysia di padang Arafah dan Mina kini memasuki fasa terakhir dan dijangka siap sepenuhnya tidak lama lagi untuk menerima 31,600 jemaah semasa Operasi Masyair.