SINGAPURA: Ketua Pembangkang Pritam Singh didakwa di mahkamah pada Selasa atas dua pertuduhan berbohong kepada jawatankuasa Parlimen, dua tahun selepas polis membuka siasatan berhubung keterangannya di hadapan Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen, lapor Straits Times (ST).
Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP) itu yang tidak diwakili peguam, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen 31(q) Akta Parlimen (Keistimewaan, Kekebalan dan Kuasa) dan memohon dibicarakan.
Beliau memohon penangguhan selama empat minggu untuk melantik peguam.
Kesnya akan didengar dalam sidang praperbicaraan pada 17 April.
Singh boleh dikenakan denda maksimum S$7,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.
Pertuduhan itu berkaitan keterangannya di hadapan jawatankuasa itu, yang telah bersidang pada November 2021 untuk meneliti kontroversi melibatkan bekas Ahli Parlimen partinya, Raeesah Khan.
Jawatankuasa itu memanggil Singh sebagai saksi dan mendapati dia tidak jujur semasa perbicaraan ketika dalam sumpah dan mencadangkan dia dirujuk kepada pendakwa raya bagi siasatan lanjut untuk pertimbangkan prosiding jenayah, yang kemudiannya disokong oleh Parlimen.
Sementara itu, Singh dalam hantaran di Facebooknya kemudian berkata beliau akan meneruskan semua tugas Parlimen dan tanggungjawab Majlis Perbandaran sehingga proses undang-undang selesai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024
Pritham mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen 31(q) Akta Parlimen (Keistimewaan, Kekebalan dan Kuasa) dan memohon dibicarakan. - Foto Reuters
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Ketua Pembangkang Singapura Pritam Singh didakwa 2 tuduhan berbohong kepada Parlimen
Ketua Pembangkang Pritam Singh didakwa atas dua pertuduhan berbohong kepada jawatankuasa Parlimen Singapura.