Pemimpin parti Kongres itu, yang mewakili Wayanad, selatan Kerala, telah hilang kelayakan sebagai ahli dewan rakyat.
Pada kempen pilihan raya di Karnataka 2019, pemimpin parti kongres itu didakwa berkata, dia tertanya-tanya bagaimana 'semua penyamun ada perkataan Modi dalam nama keluarga' mereka.
Dalam ucapannya, beliau merujuk kepada Perdana Menteri Narendra Modi, taikun berlian Nirav Modi dan bekas ketua Liga Perdana India (IPL) Lalit Modi.
Mahkamah di bandar Surat di negeri Gujarat mendapati Ahli Parlimen itu bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun.
Aduan terhadap pemimpin pembangkang itu dibuat oleh Purnesh Modi, bekas menteri Gujerat dan Ahli Parlimen Parti Bharatiya Janata (BJP).
Parti pembangkang pada Jumaat sekali lagi mengadakan protes menuntut siasatan dilakukan berhubung perkara itu.
Polis menahan ahli parlimen pembangkang yang berarak membawa sepanduk bertulis "Demokrasi dalam bahaya", kerana mengingkari larangan perhimpunan di kawasan itu.
-- BERNAMA