NEW DELHI: Ketua menteri Maharashtra, India meletak jawatan lewat Rabu berikutan pemberontakan dalam parti pemerintah.
Kemelut politik di negeri terkaya dan kedua paling ramai penduduk itu tercetus selepas menteri Eknath Shinde mengetuai pemberontakan terhadap Ketua Menteri Uddhav Thackeray.
Parti Thackeray Shiv Sena memerintah negeri itu selama dua tahun setengah, dan bergabung dengan Parti Kongres Nasionalis (NCP) dan Kongres Kebangsaan India.
Shinde dan sejumlah anggota dewan undangan negeri menuduh Shiv Sena bersikap lembut terhadap ideologi "Hindutva" dan baru-baru ini telah mereka telah berkumpul di Gujarat.
Kumpulan itu kemudiannya bergerak dari Gujarat ke sebuah hotel di Assam, bagi mengumpul sokongan untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Thackeray.
Kumpulan itu mendakwa mendapat sokongan puluhan ahli Parlimen, dan pada Rabu bergerak ke sebuah hotel di Goa di bawah kawalan keselamatan ketat.
Thackeray meletak jawatan sebagai ketua menteri selepas Mahkamah Agung India membenarkan usul undi tidak percaya diteruskan, menolak hujah Shiv Sena bahawa usul itu harus ditangguhkan sehingga prosiding hilang kelayakan terhadap 16 ahli parlimen yang berpaling tadah selesai.
Thackeray berkata beliau telah dikhianati oleh mereka yang ditawarkan jawatan penting.
Sementara itu para pemimpin BJP, berharap dapat memerintah semula Maharashtra, dan mengedarkan gula-gula untuk meraikan kejatuhan kerajaan di Mumbai.
Perkembangan di Maharashtra adalah episod terbaru "krisis politik" India di mana ahli parlimen berkumpul di hotel mewah yang dikawal ketat bagi mengatur strategi pembelotan atau menghalang mereka daripada "lompat parti".
"Hari yang menyedihkan untuk demokrasi di Maharashtra dan India. Mandat rakyat sekali lagi dipermainkan dengan godaan-habuan-ugutan dan rasuah politik," kata ketua Kongres Kebangsaan India Randeep Singh Surjewala.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 30 2022
![Ketua Menteri Maharashtra letak jawatan selepas pemberontakan dalam parti Ketua Menteri Maharashtra letak jawatan selepas pemberontakan dalam parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81656562700_UddhavThackeray.jpg)
Uddhav Thackeray meletak jawatan lewat Rabu berikutan pemberontakan dalam parti pemerintah. - REUTERS
![Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721104956_JDVance.jpg)
Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya
Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Senator Ohio JD Vance akan menjadi calon Naib Presidennya dalam pilihan raya 2024.
![iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721103714_iOS.jpg)
iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak
Pada iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia, Apple memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan data yang hilang ini dikembalikan.
[TERKINI] Suspek kes pempengaruh Esha mengaku bersalah
Seorang pemandu lori berusia 43 tahun mengaku bersalah membuat kenyataan menyinggung perasaan terhadap mendiang empengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha di TikTok.
Projek HSR Jakarta-Bandung rekod 4 juta penumpang
Projek Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung yang dikenali sebagai Whoosh membawa empat juta penumpang sejak ia beroperasi secara komersial pada 17 Oktober, tahun lalu.
Gaza perlukan 15 tahun bersih runtuhan akibat perang Israel
Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) maklumkan Kerja-kerja pembersihan Semenanjung Gaza daripada runtuhan akibat serangan maut berterusan Israel akan mengambil masa kira-kira 15 tahun.
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Positif COVID-19 tidak perlu kemaskini MySejahtera
Jika didapati positif Covid-19, para pesakit tidak lagi perlu untuk mengemaskini status kesihatan terkini di aplikasi Mysejahtera, kerana covid seharusnya dirawat sama seperti jangkitan saluran penafasan yang lain.
Kandungan video promosi Georgetown Festival diturunkan
Pasukan George Town Festival 2024 telah menurunkan semua siaran berkaitan video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' atas dakwaan menyinggung perasaan budaya Melayu di Pulau Pinang yang seperti dilupai.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
![KPM teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia KPM teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717914416_TBfadhlinasidek.jpg)
KPM teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia
KPM sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pesara guru bahasa Inggeris dalam negara untuk terlibat dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura, antara tumpuan
Penglibatan tenaga pengajar dari Singapura antara yang menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Isnin.
![Ketua Menteri Maharashtra letak jawatan selepas pemberontakan dalam parti Ketua Menteri Maharashtra letak jawatan selepas pemberontakan dalam parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81656562700_UddhavThackeray.jpg)
Ketua Menteri Maharashtra letak jawatan selepas pemberontakan dalam parti
Ketua menteri Maharashtra, India meletak jawatan lewat Rabu berikutan pemberontakan dalam parti pemerintah.