Pegawai penyiasat keretapi telah menemui kerosakan di landasan di mana kereta api tergelincir berhampiran Paris yang membunuh enam orang dan mencederakan berpuluh-puluh lagi.
Gelinciran pada hari Jumaat itu, mungkin telah disebabkan oleh palang yang menghubungkan litar longgar di pusat penukaran kereta api stesen Bretigny-sur-Orge, kira-kira 25 kilometer (15 batu) selatan Paris, kata operator kereta api SNCF.
Palang bersambung itu tercabut dan terkeluar," kata Pierre Izard, pengurus besar SNCF untuk infrastruktur.
Suis telah diperiksa pada 4 Julai dan kereta api lain telah lewat setengah jam sebelum kemalangan, kata syarikat itu.
SNCF telah mengarahkan pemeriksaan segera kira-kira 5,000 pusat yang sama dalam rangkaian.
Menteri Pengangkutan Frederic Cuvillier berkata kemalangan tersebut bukan kerana kesilapan manusia.
Beliau memuji pemandu kereta api yang "benar-benar mempunyai tindak balas yang luar biasa dengan menghantar amaran segera", mencegah perlanggaran dengan kereta api dari arah depan.
Tetapi landasan kereta api serantau Perancis, akibat tumpuan SNCF, sudah lama beralih perhatian pada TGV berkelajuan tinggi beberapa tahun kebelakangan ini, katanya.
"Kita tidak boleh berpuas hati dengan sesuatu yang berusia 30 tahun," tambah Cuvillier.
"Keadaan ini teruk, dengan kemerosotan dalam beberapa tahun kebelakangan pada landasan tradisional akibat kekurangan sumber."
Presiden Francois Hollande mungkin menghadapi soalan-soalan sukar mengenai kemalangan pada hari Ahad, sempena Hari Bastille.
Penghormatan selama satu minit diadakan pada tengah hari (1000 GMT) Sabtu oleh semua pekerja kereta api Perancis dan stesen bagi memperingati mangsa-mangsa kemalangan itu.
Satu sumber yang rapat dengan penyiasatan itu kepada AFP, mangsa-mangsa yang mati termasuk beberapa orang dalam umur 80-an dari Bretigny, tiga lelaki berusia 19, 23, dan 60, dan seorang wanita muda.
Kereta api tersebut merempuh platform stesen pada Jumaat, apabila ia mengembara pada kelajuan 137 kilometer (85 batu) per jam semasa perjalanan dari Paris ke bandar barat-tengah Limoges itu.
Empat gerabak kereta api melonjak dari trek, tiga daripadanya terbalik. Satu gerabak memecahkan seluruh platform dan berhenti di landasan manakala satu lagi gerabak berada di tengah-tengah. Terdapat 385 penumpang di dalam kereta api tersebut.
Saksi berkata, lokasi kemalangan menyerupai zon perang, penumpang Marc Cheutin 57 tahun berkata beliau terpaksa "melangkah seseorang terpancung" untuk keluar dari tempat kejadian.
Kemalangan itu masih mengganggu talian komuter pada hari Sabtu, Paris-Austerlitz dan stesen dijangka tutup untuk beberapa hari.
Sementara itu, pegawai-pegawai menafikan laporan daripada kesatuan polis bahawa sekumpulan orang yang berpura-pura menjadi sebahagian daripada usaha penyelamat telah cuba untuk mencuri daripada mangsa, dan terdapat sekumpulan gang yang membuang batu ke arah pasukan penyelamat.
Kegelinciran terbaru ini adalah kemalangan kereta api terburuk di Perancis sejak 2008, apabila kereta api berlanggar dengan bas sekolah dan membunuh tujuh pelajar.
AFP
Sun Jul 14 2013
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Kerosakan punca kereta api gelincir di Selatan Paris
Gelinciran keretapi pada hari Jumaat mungkin telah disebabkan oleh palang yang menghubungkan litar longgar di pusat penukaran kereta api stesen Bretigny-sur-Orge.