ADELAIDE: Perdana Menteri China Li Qiang berkata pada Ahad bahawa selagi kedua-dua pihak saling menghargai, kerjasama antara China dan Australia boleh merentasi Lautan Pasifik, mengatasi perbezaan dan mencapai kejayaan bersama, lapor Xinhua.
Beliau membuat kenyataan itu ketika melawat Zoo Adelaide bagi kerjasama China-Australia dalam perlindungan dan penyelidikan panda.
Beliau diiringi Gabenor Australia Selatan Frances Adamson, Ketua Menteri Australia Selatan Peter Malinauskas, Menteri Luar Negeri Australia Penny Wong dan Menteri Perdagangan dan Pelancongan Don Farrell.
Zoo Adelaide, satu-satunya zoo Australia yang menempatkan sepasang panda gergasi, Wang Wang dan Fu Ni di Hemisfera Selatan.
Li berpuas hati dengan kesejahteraan mereka di Australia, sambil menyoroti peranan panda gergasi itu sebagai duta persahabatan antara kedua-dua negara.
Li turut menekankan bahawa usaha kerajaan China dalam pemuliharaan panda gergasi telah mencapai kemajuan ketara, menyumbang secara positif kepada biodiversiti global dan perlindungan spesies terancam.
Mengenai kepulangan Wang Wang dan Fu Ni ke China berdasarkan perjanjian dua hala, Li menyatakan kesediaan China untuk meneruskan kerjasama dengan Australia dalam perlindungan dan penyelidikan panda.
Beliau turut berharap agar Australia akan kekal sebagai persekitaran yang mesra untuk panda gergasi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2024

Li berpuas hati dengan kesejahteraan mereka di Australia, sambil menyoroti peranan panda gergasi itu sebagai duta persahabatan antara kedua-dua negara. - Gambar fail/Reuters

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Kerjasama China-Australia boleh merentasi Pasifik, atasi perbezaan - PM China
Li berkata pada Ahad bahawa selagi kedua-dua pihak saling menghargai, kerjasama antara China dan Australia boleh merentasi Lautan Pasifik, mengatasi perbezaan dan mencapai kejayaan bersama.