"AWAK doktor kah?” Inilah soalan biasa saya hadapi apabila memperkenalkan diri saya sebagai pekerja Palang Merah.
Namun seringkali, jawapan saya ringkas jadi sebegini: “Bukan, saya bukan doktor," sebelum kemudiannya ulasan panjang lebar diberikan.
Seperti doktor, sukarelawan juga sering dikaitkan dengan Palang Merah. Ingatan saya masih segar tentang aktifnya Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) di sekolah saya di Batu Gajah. Aktivitinya pelbagai, tetapi paling tidak lupa bagaimana jualan kuih muih yang mereka sediakan pada setiap tahun untuk tujuan kutipan derma.
Saya jujur sahaja. Ketika itu saya tidak tahu bahawa PBSM adalah sebahagian daripada pergerakan yang lebih luas dan global – iaitu Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa, yang terdiri daripada Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of the Red Cross, ICRC), Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) dan 192 persatuan-persatuan kebangsaan individu seperti PBSM.
ICRC, ialah satu organisasi yang memberi tumpuan kepada perlindungan dan bantuan untuk mangsa konflik bersenjata di lebih 90 negara seperti Myanmar, Filipina, Nigeria, Sudan Selatan, Syria, Ukraine dan Yaman. Sebagai sebuah organisasi yang berkecuali dan bebas, ICRC mempunyai mandat undang-undang yang unik dari komuniti antarabangsa untuk mempromosikan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dengan tujuan mencegah dan menghadkan penderitaan semasa peperangan.
Saya bekerja untuk ICRC di Nairobi, Kenya. Saya merupakan salah seorang daripada 18,000 kakitangan ICRC di seluruh dunia. Kerana sifatnya antarabangsa, rakan sekerja saya datang dari pelbagai latar belakang - doktor haiwan, ahli agronomi, peguam, jurutera air, ahli bedah, pakar logistik dan banyak lagi. Ini sekali gus mencerminkan pendekatan pelbagai sektor di ICRC untuk membantu mereka yang terjejas disebabkan konflik bersenjata.
Unit keselamatan ekonomi, di mana saya bertugas, fungsinya memberikan bantuan asas kepada mereka yang terjejas oleh peperangan dan keganasan, makanan, barang rumah tangga, dan keperluan asas lain.
Bergantung kepada cara sara hidup mereka, unit ini turut menyediakan biji benih, peralatan pertanian, alat memancing, vaksin ternakan, geran tunai, latihan, dan sebagainya.
Tugas saya sebagai seorang pakar serantau analisis adalah untuk menyokong pasukan-pasukan kami memahami keperluan masyarakat yang dibantu ICRC, termasuk kesan kerja kami terhadap kehidupan mereka.
Dari penyelidikan ke kerja kemanusiaan
Jujurnya, saya tidak pernah merancang untuk bekerja di sektor kemanusiaan. Kalau kita boleh bersetuju, ianya bukan laluan kerjaya yang biasa untuk rakyat Malaysia. Namun, faktanya, berbanding negara jiran, kita agak selamat daripada dilanda bencana alam seperti gempa bumi dan taufan.
Sebelum ICRC, saya bekerja sebagai seorang penyelidik sosial di sebuah institut penyelidikan di Belanda. Selepas tamat ijazah kedoktoran, saya membuat keputusan untuk keluar dari bidang akademik dan menjadi konsultan bebas.
Salah satu pekerjaan pertama saya adalah sebagai penganalisis data untuk pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian, UNHCR di Thailand. Ia merupakan pengalaman pembukaan minda untuk melihat bagaimana organisasi kemanusiaan berfungsi. Saya kagum sekali dengan data dalam jumlah besar yang dikumpulkan untuk program-program yang berbeza.
Melalui data-data ini saya sedar bahawa saya boleh melibatkan diri dalam khidmat kemanusiaan. Ia sebenarnya seperti penyelidikan sosial, dengan "individu", “keluarga” dan “masyarakat” sebagai tumpuan analisis. Soalan yang berlegar, hampir sama, misalnya “Siapa yang paling terjejas? Apa keperluan terbesar? Atau, lebih khusus, adakah program ICRC dapat memenuhi keperluan orang ramai?
Apabila saya bermula kerja dalam sektor kemanusiaan, dunia data dalam sektor ini sedang dan masih dalam fasa berkembang pesat dengan banyak tempat kekosongan untuk mereka yang mempunyai kemahiran seperti saya.
Saya beralih dari satu pekerjaan ke satu pekerjaan yang lain, berpindah-randah dari Bangkok ke Geneva, Amman dan kini, Nairobi. Kerja konsultan selama lima bulan telah berlanjutan menjadi kerjaya berterusan lima tahun dan masih menghitung mengenainya.
Data yang baik menyelamatkan nyawa
Seorang rakan dipetik sebagai berkata:” Anda menyelamatkan nyawa melalui satu hamparan (spreadsheet) pada satu-satu masa." Apa maknanya ini? Ketika bekerja pada spreadsheet di pejabat, seringkali saya mengingatkan diri sendiri, bahawa, ada individu di sebalik setiap nombor atau data.
Biar saya ambil satu contoh. Oktober lepas, saya berada di Sudan Selatan untuk membantu pasukan menilai kesan program di mana kami telah mengedarkan biji benih dan alat pertanian kepada lebih daripada 50,000 keluarga. Ramai daripada mereka baru pulang ke kampung mereka selepas bertahun-tahun tinggal di kem pelarian di sempadan di Uganda. Kebanyakan mereka adalah petani tetapi telah kehilangan kesemuanya dalam perang di Sudan Selatan dan tidak mempunyai apa-apa untuk memulakan hidup baru.
Tanpa pertanian, mereka akan bergantung sama ada kepada bantuan dari saudara-mara, rakan-rakan atau organisasi bantuan kemanusiaan seperti ICRC. Walau bagaimanapun, ini bukan penyelesaian jangka masa panjang yang mampan. ICRC berada di sana untuk membantu petani-petani ini supaya mereka dapat mencari nafkah dan hidup berdikari.
Tugas saya adalah untuk membantu meningkatkan kualiti data yang kami kumpulkan dan analisa supaya dapat membuat keputusan yang lebih cekap dalam sebarang pelaksanaan program. Di Sudan Selatan, ICRC mahu tahu jika biji benih dan alat dibekalkan telah membantu para petani. Ini penting untuk kerja mencucuk tanam dan menuai jagung dan sayuran yang mencukupi sebagai makanan untuk keluarga mereka, jualan tanaman dan juga simpanan biji benih untuk musim tanaman depan.
Maklumat tambahan seperti jenis tanaman dan alat tertentu yang diutamakan petani tempatan juga akan membantu pasukan menyesuaikan apa yang diberikan kepada petani-petani pada tahun-tahun akan datang.
Walaupun bukan doktor perubatan yang menyelamatkan nyawa di hospital, saya tetap percaya, setiap sumbangan kecil disertai keputusan yang lebih tepat juga boleh menyambung detik nadi.
Pendek kata, sama ada dengan melatih pasukan lapangan dalam pengumpulan data, mengkaji soal selidik atau menganalisis data yang dikumpulkan, jalannya tetap terbuka luas untuk sumbangan manfaat lebih baik untuk mereka sentiasa perlukan sebarang bentuk bantuan.
* Ong Cheng Boon, Pakar Serantau Analisis & Bukti Jaminan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Nairobi, Kenya.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Ong Cheng Boon
Thu Jan 23 2020
Peranan petugas ICRC turut merangkumi turun ke lapangan bagi mengumpul data sahih sebelum membuat penilaian. Foto ihsan ICRC
PM Iraq mahu bekerjasama rapat dengan AMF
Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia' al-Sudani pada Khamis menyatakan aspirasi negaranya untuk memperkukuh kerjasama dengan Tabung Kewangan Arab (AMF) serta menegaskan sokongan pemerintahannya terhadap aktiviti organisasi itu.
Bank Jepun tingkat kadar faedah jangka pendek baharu
Bank Jepun mengambil keputusan untuk meningkatkan kadar faedah jangka pendeknya kepada 0.5 peratus berbanding 0.25 peratus sebelum ini. Perkara itu seperti yang dimaklumkan oleh Gabenor Bank Jepun, Kazuo Ueda dalam kenyataan pada Jumaat yang mana beliau melihat ini sebagai langkah yang bertepatan seiiring dengan ramalan yang dinyatakan oleh portal ekonomi perdagangan negara.
Patung Kapten Cook di Sydney disimbah cat merah
Polis Australia melancarkan siasatan pada Jumaat susulan patung pegawai tentera laut Britain James Cook dirosakkan di Sydney.
Presiden Mexico tolak semakan awal perjanjian AS-Mexico-Kanada
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berkata tidak ada keperluan untuk mempercepatkan semakan Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA) yang dicadangkan oleh rakan sejawatannya dari AS Donald Trump.
Dua kebakaran baharu tercetus di San Diego, California
Dua kebakaran hutan baharu dilaporkan berlaku di San Diego, California, Amerika Syarikat dan pihak berkuasa giat melakukan operasi pemadaman bagi mengelakkan ia merebak ke kawasan lain.
Empat nama tebusan Israel diserahkan kepada pengantara
Empat nama warga Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu akan diserahkan Hamas kepada pengantara.
Perkukuh nilai insan pelajar sebelum kejar kemajuan AI
Kepentingan nilai insan dalam kalangan pelajar hari ini harus diberi keutamaan terlebih dahulu sebelum mengejar kemajuan kecerdasan buatan (AI).
Malaysia curi peluang kongsi kehebatan ASEAN - PM
Malaysia terus menjadi tumpuan semasa Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland apabila diberi ruang khas menerangkan kekuatan ekonomi negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu dimanfaatkan beliau sebaik mungkin untuk menceritakan kehebatan ASEAN kepada ribuan tokoh dunia dan gergasi konglemerat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu dimanfaatkan beliau sebaik mungkin untuk menceritakan kehebatan ASEAN kepada ribuan tokoh dunia dan gergasi konglemerat.
Kemegahan ibu kota tiada nilai jika gerai jalanan tersisih - PM
Erti sebenar perancangan bandar yang berjaya adalah ia tidak mencipta jurang antara pendudukan orang kaya dan orang miskin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencakar langit di ibu kota Kuala Lumpur tidak akan bermakna jika warung dan gerai di tepi jalan disisihkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencakar langit di ibu kota Kuala Lumpur tidak akan bermakna jika warung dan gerai di tepi jalan disisihkan.
Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly
Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.
COVID-19: Malaysia perlu lebih terperinci dengan analisis data - Dr Jemilah
Malaysia perlu lebih terperinci dalam analisis data untuk memahami dengan lebih baik kaedah menangani pandemik COVID-19, demikian menurut Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.
Kerja sukarelawan juga boleh selamatkan nyawa
Seperti doktor, sukarelawan juga sering dikaitkan dengan Palang Merah seperti aktifnya Persatuan Bulan Sabit Merah, PBSM di sekolah di mana aktivitinya merangkumi jualan kuih untuk kutipan derma.
AirAsia, Big Data jalin usaha sama manfaat pangkalan data pelanggan
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata data kini menjadi keutamaan.