Kerajaan Syria menafikan khabar angin yang mengatakan Presiden Bashar al-Assad sedang tenat atau sakit, sebaliknya ‘masih menjalankan tugas seperti biasa’, lapor Reuters.
Spekulasi tersebut tersebar sejak beberapa hari lalu di media sosial dan beberapa laman web berita Arab turut menyatakan bahawa Bashar, 51, dalam keadaan kritikal, termasuk mendapat serangan strok, atau juga ditembak.
"Pihak kami menafikan semua laporan tersebut. Kesihatan President Bashar dalam keadaan sangat baik. Laporan itu berlaku seiring kemungkinan yang berubah dalam bidang dan secara politik,” ujar kenyataan dari pejabatnya pada Jumaat.
Saluran berita Ikhbariya pada Isnin menyatakan Bashar telah berhubung melalui telefon dengan Presiden Venezuela Nicolas Maduro, iaitu laporan pertama dari media kerajaan yang menyiarkan aktiviti Bashar sejak khabar angin itu tersebar.
Sekutu Bashar, Rusia dan penyokong kumpulan penentang, Turki, telah mengadakan rundingan antara kerajaan dan pembangkang Kazakhstan minggu lalu. Mereka kembali mengukuhkan gencatan senjata antara kedua-dua pihak selain perancangan rundingan damai di Geneva.
Bashar sebelum ini menyatakan bahawa beliau sedia intuk berunding tentang ‘segalanya’, termasuk kedudukannya dalam perlembagaan Syria. Pihak yang menentangnya, selama hampir enam tahun, kekal mendesak agar Bashar berundur dari tampuk kuasa dalam sebarang perjanjian perdamaian.
Menjengah tahun ke-17 kepresidenan, Bashar bagaimanapun masih berkuasa dalam peperangan di Syria, apatah lagi dengan sokongan sekutu seperti Rusia dan Iran.
Tentera Syrian dan angkatan bersekutu telah kembali menawan kawasan Wadi Barada berdekatan Damsyik pada Ahad.
Wadi Barada kembali berada dalam kuasa Bashar setelah berminggu-minggu kumpulan penentang ‘dibersihkan’ dari timur Aleppo, yang menjadi kubu kuat mereka sebelum ini.
Banyak lagi kawasan di Syria masih di luar kawalan kerajaan Bashar, termasuk wilayah timur yang dalam penguasaan Daish seperti di Deir al-Zor, wilayah utara yang dikuasai kumpulan Kurd, dan beberapa lagi kawasan di barat.
Agensi
Tue Jan 31 2017
Bashar sebelum ini menyatakan bahawa beliau sedia intuk berunding tentang segalanya, termasuk kedudukannya dalam perlembagaan Syria. - Foto Reuters
Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Rumah atas air roboh, sembilan sekeluarga diselamatkan
Sembilan penduduk di Kampung Air Semporna berdepan detik cemas selepas rumah atas air mereka roboh pada Sabtu.
PPM tumpaskan 7,103 kes jenayah, rampasan bernilai RM210 juta
Pasukan Polis Marin (PPM) telah menumpaskan 7,103 kes jenayah yang dilakukan di perairan Malaysia tahun ini sehingga 31 Oktober 2024.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.
750 suspek pengikut Daish bebas susulan serangan Turki
Sekurang-kurangnya 750 orang yang disyaki terbabit dengan Daish dilaporkan telah melarikan diri dari kem perpindahan Ain Issa di timur laut Syria.
Presiden Syria, Bashar Al Assad masih enggan berunding di Geneva
Kumpulan pembangkang Syria mendesak Rusia agar dapat meyakinkan Presiden Bashar Al Assad ke meja rundingan.
Syria ugut lancar peluru berpandu SCUD ke arah Israel
Syria dikatakan memiliki lebih 800 peluru SCUD, setiap satunya berkebolehan menghantar satu muatan separuh tan bahan letupan.
$5.2 bilion diperlu bantu mangsa konflik di Syria
Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu menjangkakan menjelang hujung tahun, separuh daripada penduduk negara berkenaan perlu bantuan.
Aktivis penentangan Syria kecewa dengan sokongan dunia
Kumpulan aktivis kecewa selepas dua tahun sokongan antarabangsa ke atas perjuangan mereka menentang rejim Bashar Al Assad didakwa semakin berkurangan.
Pertempuran cemari ulang tahun kebangkitan Syria
Pertempuran sengit di Daraa dan Homs diserang bertalu ketika ulang tahun kedua kebangkitan rakyat Syria menentang kepimpinan Presiden Bashar al Assad.
30 terbunuh dalam serangan di timur Damsyik
Lebih 30 terbunuh selepas tentera kerajaan Syria menyerang sebuah stesen minyak di timur Damsyik.
60 ribu warga Syria terkorban sepanjang 22 bulan
Lebih 60 ribu penduduk Syria dilaporkan terkorban sepanjang 22 bulan kebangkitan menentang kepimpinan Presiden Bashar Al Assad.