Kerajaan Indonesia tetap merasionalisasikan subsidi elektrik bagi memastikan bantuan itu hanya dinikmati oleh golongan yang kurang berkemampuan mulai 1 Jan lepas.
Media tempatan hari ini memetik Ketua Komunikasi Korporat PT PLN - syarikat pembekalan elektrik Indonesia - Made Suprateka sebagai berkata menerusi rasionalisasi subsidi elektrik mulai 1 Januari lepas, tarif elektrik meningkat secara bertahap bagi kegunaan domestik golongan berkemampuan yang menggunakan daya 900 Volt.
Katanya, kenaikan tarif elektrik itu adalah satu usaha kerajaan untuk memastikan subsidi bekalan tenaga itu menepati sasarannya.
Kenaikan tarif dilakukan setiap dua bulan sekali iaitu pada 1 Januari 2017, 1 Mac 2017, dan 1 Mei 2017.
Beliau berkata dengan kenaikan secara bertahap itu tarif untuk pelanggan 900 Volt akan naik daripada Rp605 menjadi Rp791 per kilowatt jam (kWj) mulai 1 Januari 2017, Rp1,034 per kWj mulai 1 Mac 2017 dan Rp1,352 per kWj mulai 1 Mei 2017.
Rp1,000 adalah bersamaan kira-kira 30 sen Malaysia.
Sekumpulan mahasiswa baru-baru ini menyerahkan memorandum kepada kerajaan sebagai membantah kenaikan tarif baru elektrik itu.
Sementara itu Ketua Biro Komunikasi Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM) Republik Indonesia, Sujatmiko pula dipetik sebagai berkata, berdasarkan catatan kementerian itu, jumlah subsidi elektrik pada tahun 2015 adalah sebanyak Rp56.55 trilion.
Katanya, daripada jumlah subsidi itu sebanyak Rp49.32 trilion dinikmati oleh pelanggan domestik yang menggunakan kuasa elektrik 450 Volt dan 900 Volt.
Beliau berkata, daripada 46 juta penerima subsidi itu hanya 23.15 juta pelanggan yang didapati tergolong sebagai masyarakat miskin dan tidak mampu.
Kira-kira 87 peratus jumlah subsidi elektrik pada 2015 dinikmati oleh pelanggan berkemampuan yang menggunakan kuasa daya 450 Volt dan 900 Volt sedangkan tujuan subsidi ialah untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan, katanya.
Pembekalan elektrik di Indonesia kini baru mencapai 88.3 peratus dan sebanyak 11.7 peratus atau kira-kira 29 juta penduduk di negara itu masih belum menikmati kemudahan bekalan elektrik. --Bernama
Bernama
Tue Jan 17 2017
Bekalan elektrik di Indonesia kini baru mencapai 88.3 peratus dan sebanyak 11.7 peratus atau kira-kira 29 juta penduduk di negara itu masih belum menikmati kemudahan bekalan elektrik. - Gambar hiasan
Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia pada usia 105 tahun
Individu tertua yang terselamat dalam serangan Jepun ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor semasa Perang Dunia II telah meninggal dunia pada usia 105 tahun.
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.
Kestabilan politik dan kerjasama antara negara antara fokus ASEAN - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan dalam usaha menggalakkan kerjasama antara China dan negara rantau ASEAN ketika Malaysia bersiap sedia pengerusi ASEAN pada 1 Januari depan.
Penumpang Azerbaijan Airlines kongsi detik cemas
Salah seorang penumpang Azerbaijan Airlines, Subhonkul Rakhimov mendakwa mendengar dentuman kuat ketika pesawat itu menghampiri destinasinya di Grozny, selatan Rusia.
Putin mohon maaf, ucap takziah kepada keluarga mangsa
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (28 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 29 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kestabilan politik, kerjasama berkesan antara fokus untuk ASEAN - PM Anwar
Anwar menegaskan bahawa beliau akan memberi keutamaan kepada kerjasama yang berkesan untuk mengukuhkan perpaduan di rantau ini, selain meletakkan keterangkuman dan kemampanan di barisan hadapan.
Bunuh dan bakar wanita, New York mohon penjara seumur hidup terhadap pesalah
Menurut Peguam Daerah Brooklyn, Eric Gonzalez, ini kerana berdasarkan undang-undang New York, pesalah tidak akan dihukum mati jika membunuh, sebaliknya akan dikenakan hukuman maksimum iaitu penjara seumur hidup
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Dua sahabat makan ikan mentah, minum air laut sepanjang hanyut
Mereka berdua berpuasa selama dua hari sebelum mula makan ikan termenung dan cencaru mentah untuk lapik perut pada hari ke empat.
Kerajaan gariskan 5 keutamaan utama penggunaan AI di Indonesia
Kementerian Kesihatan menggunakan AI untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan memperbaiki ketepatan diagnosis.
Indonesia umum pembubaran JI di Solo, bekas anggota angkat sumpah taat setia
Badan Nasional Anti-Keganasan (BNPT) Indonesia dan Pasukan Khusus 88 Anti-Pengganas (Densus 88) Polis mengadakan deklarasi pembubaran Jemaah Islamiyah (JI) di Solo, Jawa Tengah.
Piala ASEAN 2024: Vietnam, Filipina mara ke separuh akhir
Kejayaan di Stadium Viet Tri itu menyaksikan pasukan tuan rumah muncul juara kumpulan B dengan mengumpul 10 mata.
91 warga Indonesia dibawa keluar dari Syria, selamat pulang ke tanah air
Mereka yang dibawa pulang berasal dari pelbagai wilayah, tiba di Jakarta menerusi tiga penerbangan pada Jumaat dan Sabtu.
10 cedera akibat banjir kilat di Sumatera Utara, Indonesia
Hujan lebat mencetuskan banjir kira-kira 7 malam waktu tempatan, menjejaskan dua mukim iaitu Batang Angkola dan Tano Tombangan.
Banduan hukuman mati Filipina dihantar pulang selepas rundingan panjang dengan Indonesia
Seorang rakyat Filipina yang dijatuhi hukuman mati di Indonesia, akhirnya kembali ke Manila pada pagi Rabu setelah melalui rundingan panjang selama bertahun-tahun antara kedua-dua negara.
Presiden Indonesia, Prabowo akan hadiri Sidang Kemuncak D-8 di Kaherah
Pada sidang kemuncak itu, Indonesia akan dilantik sebagai Pengerusi D-8 daripada Pengerusi semasa, Mesir, bagi tempoh 2026-2027.
Indonesia bebaskan lima rakyat Australia ahli pengedar dadah ‘Bali Nine’
Pembebasan itu dicapai selepas Canberra mencapai perjanjian dengan Indonesia untuk menamatkan hukuman penjara selama dua dekad di luar negara.