Serangan yang dilancarkan pasukan pembebasan mengambil masa kurang dua minggu untuk menguasai Syria dan mengambil alih ibu kota Damsyik sekali gus mengejutkan dunia dan menamatkan lebih setengah abad pemerintahan kejam oleh keluarga Assad.
Serentak itu, kerajaan baharu Syria yang diketuai oleh kumpulan Hayat Tahrir Al-Sham (HTS) melantik seorang Perdana Menteri sementara untuk mentadbir negara sehingga Mac.
Kementerian Hal Ehwal Politik kerajaan itu mengeluarkan kenyataan, mengucapkan terima kasih kepada Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali kerana menyambung semula operasi diplomatik mereka di Damsyik.
Kerajaan baharu turut memaklumkan telah menerima perjanjian langsung dari Qatar dan Turkiye untuk membuka semula kedutaan mereka di Syria dan berharap dapat membina hubungan baik dengan semua negara yang menghormati kedaulatan Syria serta kehendak rakyatnya. - Agensi