WASHINGTON: Kementerian Pendidikan Amerika Syarikat (AS) menjalankan siasatan berhubung polisi kemasukan mahasiswa baharu ke universiti terkemuka Harvard yang memberi keutamaan kepada ahli keluarga alumni dan penyumbang dana, dedah sebuah dokumen pada Selasa.
Menurut laporan AFP, polisi berkenaan memungkinkan kemasukan mahasiswa baharu berdasarkan hubungan keluarga dengan alumni yang sebelum itu merupakan graduan Harvard.
Siasatan ini juga akan mencakupi isu-isu mengenai keadilan dan diskriminasi dalam proses penerimaan penuntut baharu di universiti berkenaan.
Dasar penerimaan mahasiswa yang dikenali sebagai ‘kemasukan legasi’ di pelbagai institut pengajian tinggi di AS menjadi bahan perdebatan dan mengundang kritikan kerana tindakan sedemikian hanya memberi keuntungan kepada mahasiswa yang mempunyai hubungan keluarga dengan alumni yang berpengaruh.
Siasatan oleh Kementerian Pendidikan AS juga dilakukan kurang sebulan selepas Mahkamah Agung negara itu yang memerintahkan larangan penggunaan kaum dan bangsa dalam membuat keputusan menerima kemasukan mahasiswa baharu.
Tindakan yang diambil oleh jabatan hak kemanusiaan Kementerian Pendidikan AS ini juga sebagai maklum balas terhadap keluhan tiga pertubuhan yang mewakili mahasiswa minoriti.
Ketiga-tiga pertubuhan itu berpendapat, berdasarkan sejarah, majoriti mahasiswa Universiti Harvard terdiri daripada kelompok orang berkulit putih, justeru, penerimaan ‘kemasukan legasi’ secara tidak langsung mendiskriminasi calon mahasiswa minoriti.
Dalam laporan yang dikemukakan itu juga, kumpulan-kumpulan berkenaan mendakwa, hampir 70 peratus permohonan kemasukan ke Harvard mempunyai pertalian sama ada dengan keluarga alumni atau penyumbang dana yang merupakan orang berkulit putih.
“Peningkatan permohonan yang diterima sebahagian besarnya daripada orang berkulit putih melalui penyumbang dana warisan yang sangat signifikan,” tegas pertubuhan-pertubuhan berkenaan dalam laporan mereka.
Tanpa memberi sebarang komen mengenai siasatan yang dijalankan, jurucakap White House, Karine Jean-Pierre berkata, Presiden AS, Joe Biden secara umumnya menentang ‘kemasukan legasi’ itu.
Menurut Jean-Pierre, Biden telah menegaskan 'kemasukan legasi' itu hanya akan menghambat keupayaan membentuk kelompok mahasiswa yang beragam.
Sementara itu, dalam reaksi kepada AFP, pentadbiran Harvard tidak mengulas mengenai siasatan yang dijalankan Kementerian Pendidikan berhubung isu ‘kemasukan legasi’, sebaliknya berkata, mereka sedang dalam proses menyemak semula dasar penerimaan mahasiswa baharu susulan keputusan yang dibuat Mahkamah Agung. - Agensi
Agensi
Wed Jul 26 2023

Gambar fail menunjukkan penuntut dan orang ramai berjalan-jalan di persekitaran Universiti Harvard. - Gambar fail REUTERS

Sekurang-kurangnya 137 terbunuh di Gaza dalam serangan Israel sejak gencatan senjata
Israel dituduh menggunakan sekatan dan kebuluran sebagai taktik pembunuhan perlahan, menyebabkan malapetaka kemanusiaan di Gaza.

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kuwait kutuk Israel sekat elektrik ke Gaza
Kuwait mengutuk tindakan Israel menyekat bekalan tenaga elektrik ke Semenanjung Gaza dan sifatkan ia sebagai hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.

CEO PNB peneraju baharu KWSP?
Pelantikan Ahmad Zulqarnain dijangka diumumkan pada akhir bulan ini, menurut sumber memetik Reuters.

Kerajaan Amerika siasat polisi masuk Universiti Harvard ikut 'kabel' legasi
Kementerian Pendidikan siasat polisi kemasukan ke Harvard yang beri keutamaan kepada ahli keluarga alumni dan penyumbang dana.

Khairy hadiri program Harvard Ministerial Leadership
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah diundang Universiti Harvard, Amerika Syarikat bagi menghadiri Harvard Ministerial Leadership Programme dari 12 hingga 15 Jun ini.

8.7 juta kematian akibat bahan bakar fosil, lebih tinggi berbanding merokok - Kajian
Angka kematian akibat pembakaran bahan bakar fosil melebihi jumlah kematian akibat merokok dan malaria.

Benar, tekanan buat rambut cepat beruban - Kajian
Kajian sekumpulan penyelidik Universiti Harvard mendapati hormon norepinephrine dibebaskan ketika badan berada dalam keadaan 'fight or flight'.

'Usah rendahkan ego, pemimpin korporat!' - David Mizan Hashim
Presiden dan Pengarah Kumpulan VERITAS, David Mizan Hashim berkongsi pandangannya tentang dunia korporat dan pemimpin yang mempunyai ego yang besar.

Graduan tempatan tak lah bodoh sangat pun
Seorang profesor dari Universiti Harvard sebelum ini dilaporkan berkata bahawa kualiti graduan tempatan setaraf dengan pelajar-pelajar Denmark yang gagal menamatkan persekolahan.

Kenyataan Profesor Harvard satu penghinaan terhadap graduan tempatan - Mahdzir
Katanya kenyataan itu juga 'tidak cerdik' kerana dibuat tanpa kajian mendalam mengenai sistem pendidikan di Malaysia yang dibuat berasaskan sistem di negara maju.