Mesir akan mengumumkan keputusan rasmi referendum berhubung perlembagaan barunya hari ini.
Sekiranya diluluskan, ia akan membuka jalan kepada penubuhan parlimen baru dalam tempoh dua bulan.
Langkah menggubal perlembagaan baru dianggap langkah paling penting untuk menyaksikan peralihan demokrasi di negara itu, selepas tumbangnyanya Hosni Mubarak.
Keputusan tidak rasmi sebelum ini menunjukkan sekitar 64 peratus rakyat menyokong draf perlembagaan baru ini.
Bagaimanapun, pembangkang mempertahankan pendirian tidak menyokong perlembagaan baru.
Mereka mendakwa draf perlembagaan baru yang digubal oleh Presiden Mohamed Morsi, gagal dan tidak memenuhi tuntutan rakyat.
Antaranya menjamin kebebasan rakyat, hak wanita dan minoriti. Sekaligus, akan mengundang masalah yang lebih parah di negara itu.
Sehubungan itu, pemimpin pembangkang, Mohamed El Baradei, menuntut draf tersebut digubal semula.
Dalam perkembangan sama, Ketua Jawatankuasa Pilihanraya Tinggi memaklumkan, jawatankuasa terbabit menyiasat dakwaan kumpulan pembangkang berhubung penipuan pengundian.
Di bawah perlembagaan baru, kuasa badan kehakiman akan beralih kepada Dewan Tinggi.
Proses referendum kali ini turut dibayangi protes susulan tindakan Morsi mengeluarkan dekri memberi beliau lebih kuasa.
Ia menyaksikan lebih 10 maut akibat pertempuran kumpulan pro dan anti kerajaan di Kaherah yang kemudian merebak ke Iskandariah.
Astro Awani
Tue Dec 25 2012
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang
Menurut, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Safiah Omar hutang boleh menjadi alat untuk memperoleh dana yang diperlukan tetapi pergantungan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang, termasuk beban hutang yang tinggi serta mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
![Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704603925_TBMAYBANK.jpg)
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
![Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721188868_HBREAKHUTANG.jpg)
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar
Negara-negara yang mempunyai hutang yang tinggi sering menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang.
Prabayar Siswa: KPT sambut baik pengumuman pakej rahmah
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman Kementerian Komunikasi yang menawarkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30 dengan permulaan data minimum sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
![George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712139037_Beca.jpg)
George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
Generatif AI berpotensi besar dalam sektor kewangan negara - Pakar
Generatif AI meningkatkan kecekapan dan keselamatan sektor kewangan Malaysia melalui analisis data yang cepat dan pengesanan penipuan. Namun, menurut pakar, pelaburan dalam teknologi dan keselamatan siber adalah kunci untuk kejayaan ini.
Aerotrain KLIA beroperasi semula awal tahun depan
Kementerian Pengangkutan berkata, langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Januari 2025.
Pemberian insentif, anak pokok Musang King perkukuh penanaman durian
Pemberian insentif kepada petani bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran buah-buahan tempatan bagi tujuan eksport dan mengurangkan kebergantungan import buah-buahan.
KKM ingatkan APHM tumpu kepada pay for outcome
Pemilik dan pemain industri kesihatan swasta khususnya Persatuan Hospital Swasta (APHM) mengambil kira menyediakan perkhidmatan untuk menampakkan hasil dan bukan menyediakan perkhidmatan tertumpu kepada kemudahan semata.
Penubuhan National Health Fund bertujuan kumpul sumber pembiayaan dirancang -KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan penubuhan dana kesihatan negara dengan izin National Health Fund yang diuruskan secara telus, efisien dan berintegriti sedang dipertimbangkan untuk mengumpul pelbagai sumber pembiayaan yang dirancang.
![Bekas presiden Mesir Hosni Mubarak meninggal dunia Bekas presiden Mesir Hosni Mubarak meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/41488496297_HosniMubarak.jpg)
Bekas presiden Mesir Hosni Mubarak meninggal dunia
Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak meninggal dunia di sebuah hospital di Kaherah pada usia 91.
![Hosni Mubarak dibebaskan Hosni Mubarak dibebaskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/41488496297_HosniMubarak.jpg)
Hosni Mubarak dibebaskan
Selepas enam tahun menjalani tahanan di hospital sejak 2011, bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan.
![Hosni Mubarak bebas tuduhan membunuh Hosni Mubarak bebas tuduhan membunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/41488496297_HosniMubarak.jpg)
Hosni Mubarak bebas tuduhan membunuh
Mahkamah rayuan Mesir menggugurkan tuduhan membunuh terhadap Hosni Mubarak, berhubung pembunuhan penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat pada 2011.
![Hosni Mubarak bebas tuduhan bunuh penunjuk perasaan 2011 Hosni Mubarak bebas tuduhan bunuh penunjuk perasaan 2011](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/61417260160_295x200.jpg)
Hosni Mubarak bebas tuduhan bunuh penunjuk perasaan 2011
Mahkamah turut membebaskan bekas Presiden Mesir itu dan anak-anaknya daripada tuduhan rasuah.
![Perbicaraaan semula Hosni ditangguh 6 Julai Perbicaraaan semula Hosni ditangguh 6 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/61355705832_295x200.jpg)
Perbicaraaan semula Hosni ditangguh 6 Julai
Perbicaraan semula bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak ditangguhkan 6 Julai ini.
![Wanita Mesir berang jadi sasaran gangguan seksual Wanita Mesir berang jadi sasaran gangguan seksual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/51361287192_295x200.jpg)
Wanita Mesir berang jadi sasaran gangguan seksual
Peningkatan kes gangguan seksual di Mesir yang semakin menjadi-jadi telah menaikkan kemarahan wanita negara berkenaan.
![Keganasan penunjuk perasaan di luar istana Morsi Keganasan penunjuk perasaan di luar istana Morsi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/71360627561_295x200.jpg)
Keganasan penunjuk perasaan di luar istana Morsi
Ulang tahun kedua kejatuhan bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak disambut dengan keganasan.
![Situasi di Mesir membimbangkan Situasi di Mesir membimbangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/51359416366_295x200.jpg)
Situasi di Mesir membimbangkan
Pertempuran antara kumpulan penunjuk perasaan dengan polis di Kaherah serta Port Said, Mesir masih berlanjutan.
![Ekonomi Mesir masih tidak berubah Ekonomi Mesir masih tidak berubah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/71355119767_120x90.jpg)
Ekonomi Mesir masih tidak berubah
Setelah dua tahun regim Hosni Mubarak digulingkan, kedudukan ekonomi dan kualiti kehidupan tidak berubah malah lebih teruk.
![Rakyat Mesir ke jalan raya dua tahun selepas revolusi Rakyat Mesir ke jalan raya dua tahun selepas revolusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/71359125331_295x200.jpg)
Rakyat Mesir ke jalan raya dua tahun selepas revolusi
Ribuan rakyat Mesir turun ke jalan raya untuk membantah pentadbiran Presiden Mohamed Morsi yang didakwa gagal mengotakan janji revolusi yang menyingkirkan Hosni Mubarak.