Perarakan berwarna-warni itu adalah kemuncak sambutan selama seminggu itu bagi meraikan kemenangan Wurtzbach biarpun berlaku kesilapan apabila hos Steve Harvey telah mengumumkan nama pemenang yang salah iatu menobatkan Miss Columbia sebagai Miss Universe, sebelum membetulkannya.
Wurtzbach yang kembali membawa pulang gelaran Miss Universe untuk Filipina selepas tempoh 42 tahun, melahirkan rasa kesyukuran atas kemenangannya itu.
Suasana meriah menyambut kepulangan Pia Alonzo Wurtzbach di jalanan Manila. - Foto AFP
"Kami telah menunggu-nunggu tiara ini sejak sekian lama. Saya tidak fikir ramai orang tahu betapa pentingnya kemenangan Miss Universe ini kepada Filipina. Ia suatu penghormatan dan kebanggaan kepada negara," katanya kepada pemberita.
Wurtzbach, individu tidak asing lagi di Filipina kerana pernah berlakon dalam beberapa filem dan drama sebelum menyertai Miss Universe lantas memenanginya.
Anak kelahiran Jerman-Filipina itu juga bakal bertemu dengan Presiden Benigno Aquino bagi menerima pingat pada Kongres Filipina sebelum menghadiri konsert untuk meraikan kemenangannya.
Para pemenang pertandingan ratu cantik di Filipina lazimnya menjadi selebriti popular, dan kebanyakannya akan meneruskan kerjaya dalam bidang penyiaran dan peragaan.