Lebih 30 orang maut apabila sebuah lori tangki yang membawa minyak telah merempuh kenderaan lain dan menyebabkan letupan serta kebakaran di kawasan luar bandar Naivasha di Kenya pada lewat malam Sabtu, kata pihak berkuasa.

“Lebih 30 orang telah disahkan mati, beberapa yang lain cedera dan lebih 11 kenderaan terbakar di sebuah kemalangan jalanraya disepanjang Nairobi-Naiyasha,” jelas Pius Masai dari Unit Pengurusan Bencana Kenya dalam sebuah kenyataan pada Ahad.

Bulan Sabit Merah Kenya berkata bahawa pemandu telah hilang kawalan terhadap lori tangki yang membawa minyak tersebut dan merempuh kenderaan-kenderaan lain dan menjadi “letupan kebakaran”

Kemalangan telah berlaku di sebuah jalanraya Nairobi-Nakuru yang sibuk di Karai, sebuah jalanraya merentasi negara dari ibu kota Kenya ke barat negara itu dan menghala ke Uganda. Lebih kurang 11 kenderaan dikatakan terlibat dalam insiden kebakaran ini.


Saksi menggambarkan sebuah bebola api menelan kenderaan-kenderaan bersama penumpang di dalamnya.

“Ini adalah insiden yang dahsyat, orang terbakar, di dalam kereta dan ada yang cuba menyelamatkan diri,” kata seorang polis yang berada di tempat kejadian.

Mengikut keadaan insiden ini, jumlah mangsa maut bakal meningkat.

Kemalangan ini telah berlaku sewaktu Kenya sedang menghadapi masalah berdepan mogok dari doktor-doktor di negara itu.