Kemenenangan Joko Widodo ‘Jokowi’ sebagai Presiden baru Indonesia turut diraikan oleh beberapa pemimpin utama dunia terutamanya penggiat seni Indonesia.

Jokowi dihujani ucapan tahniah dari beberapa pemimpin utama dunia termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong turut memuat naik ucapan tahniah di laman Twitter rasminya.




Turut meraikan adalah penggiat-penggiat seni Indonesia yang merakamkan rasa gembira dengan kemenangan pemimpin pilihan mereka.

Jokowi berjaya mencuri hati mereka ketika mengumumkan di debat Presiden sebelum ini bahawa beliau akan mengembangkan industri kreatif Indonesia.

Sebagai salah seorang peminat seni kreatif juga, Jokowi berjanji akan membela nasib seniman di sana.













Jokowi, gabenor Jakarta dan gandingannya Jusuf Kalla "JK" memenangi pilihan raya presiden dengan memperoleh 70,990,832 undi atau 53.15 peratus daripada sejumlah 133,567,276 undi.

Calon lawannya Prabowo Subianto dan gandingannya Hatta Rajasa, mendapat 2,576,444 undi atau 46.85 peratus.