PHNOM PENH: Kemboja, Laos dan Vietnam (CLV) pada Ahad menandatangani kenyataan bersama mengenai penubuhan sidang kemuncak parlimen CLV, menurut kenyataan akhbar dikeluarkan Perhimpunan Kebangsaan Kemboja.
Kenyataan bersama itu ditandatangani di sini di Phnom Penh oleh Presiden Perhimpunan Kebangsaan Kemboja Samdech Heng Samrin, Pengerusi Perhimpunan Kebangsaan Vietnam Vuong Dinh Hue dan Presiden Perhimpunan Kebangsaan Laos Saysomphone Phomvihane, lapor Xinhua
"Sidang kemuncak itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan persahabatan, perpaduan dan kerjasama menyeluruh dalam kalangan negara-negara CLV," menurut kenyataan akhbar itu.
Selain itu, sidang berkenaan bertujuan menggalakkan pertukaran maklumat, pengalaman dan amalan baik mengenai fungsi serta tugas perhimpunan kebangsaan CLV dan menggembleng sumber kewangan untuk melaksanakan program dan projek di bawah rangka kerja Kawasan Segi Tiga Pembangunan CLV.
Sidang kemuncak pertama akan dihoskan Perhimpunan Kebangsaan Laos pada 2023.
Pemimpin parlimen Laos dan Vietnam berada di Kemboja untuk Perhimpunan Agung Ke-43 Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA ke-43) yang diadakan pada Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 21 2022
![Kemboja, Laos, Vietnam sepakat tubuhkan Sidang Kemuncak Parlimen Kemboja, Laos, Vietnam sepakat tubuhkan Sidang Kemuncak Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669002519_CLV.jpg)
Kenyataan bersama itu ditandatangani di Phnom Penh. - Foto Facebook
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kemboja, Laos, Vietnam sepakat tubuhkan Sidang Kemuncak Parlimen Kemboja, Laos, Vietnam sepakat tubuhkan Sidang Kemuncak Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669002519_CLV.jpg)
Kemboja, Laos, Vietnam sepakat tubuhkan Sidang Kemuncak Parlimen
Kemboja, Laos dan Vietnam menandatangani kenyataan bersama mengenai penubuhan sidang kemuncak parlimen CLV.