KISAH kematian aktres popular Thailand, Tangmo Nida masih menjadi tanda tanya.
Apa punca kematian dan apa sebenarnya yang terjadi pada malam 24 Februari lalu?
Sejak berita kematian pelakon jelita itu mendapat tumpuan dunia, pakar patologi forensik terkenal Thailand, Dr Porntip Rojanasunan turut dilaporkan akan menyertai proses autopsi ke atas mayat mendiang.
Portal Bangkok Post baru-baru ini, melaporkan satu panel khas akan dipilih Jawatankuasa Senat Hak Asasi Manusia, Kebebasan dan Perlindungan untuk mengkaji dan meneliti siasatan polis berhubung kematian mengejut pelakon itu.
Porntip, yang merupakan pakar patologi forensik terkemuka itu, yang kini bergelar Senator, mengulas pemilihan beliau adalah sebagai badan pemerhati dalam proses bedah siasat kedua yang akan dijalankan atas permintaan ibu Tangmo, memetik laporan portal itu lagi.
Proses bedah siasat dijadualkan dijalankan di Thammasat University Hospital Rangsit, lapor Bangkok Post.
BACA: Mayat pelakon Thailand Tangmo Nida yang terjatuh dalam sungai ditemui selepas 38 jam
Porntip turut dilaporkan berkata, bedah siasat kedua itu akan membuka lebih banyak ruang persoalan terutamanya luka besar yang didapati pada paha Tangmo.
Menurut Porntip,memetik laporan itu lagi, antara persoalan utama yang perlu dijawab termasuk sama ada luka itu berlaku sebelum atau selepas insiden yang menimpa Tangmo.
BACA: Tindakan ibu Tangmo maafkan suspek, terima pampasan diragui
Selain itu, Senator Kamnoon Sidhisamarn akan turut menyertai Porntip sebagai panel pemerhati, yang dianggotai 15 individu dari pelbagai bidang, dari aspek keselamatan membabitkan kamera keselamatan yang ada di lokasi insiden, di Jambatan Rama VII, Bangkok.
BACA: Bukan konspirasi, polis Thailand klasifikasi kematian Tangmo Nida sebagai kemalangan
Kamnoon turut dilaporkan berkata, beliau mempercayai banyak lagi petunjuk yang boleh didapati dari insiden yang berlaku pada jam 11 malam, 24 Februari lalu.
Mayat Nida ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh, dua hari selepas beliau dilaporkan menaiki perahu bersama beberapa orang rakannya di Sungai Chao Phraya, Bangkok.
Agensi
Thu Mar 17 2022
Mayat Nida ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh, dua hari selepas beliau dilaporkan menaiki perahu bersama rakannya di Sungai Chao Phraya. - Foto fail
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Contohi Jepun pantau keselamatan pemanduan kenderaan berat
Malaysia seharusnya mencontohi Jepun yang menekankan keselamatan pemanduan kenderaan berat di lebuh raya termasuk pemantuan ketat dalam kalangan pemandu.
2 maut motosikal terbabas, langgar pembahagi lebuh raya
Dalam nahas kira-kira jam 5.20 petang, penunggang motosikal itu yang juga lelaki tempatan berusia 28 tahun dan pembonceng wanita warga Singapura berumur 29 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.
Nilai syarikat Apple hampiri angka AS$4 trilion
Peningkatan saham kebelakangan ini dilihat selari dengan fokus Apple dalam arena kecerdasan buatan melalui Apple Intelligence.
AWANI Ringkas: Duti anti lambakan terhadap import besi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Presiden Korea Selatan gagal hadir kali kedua untuk disoal siasat CIO
Ini adalah kali kedua Presiden Yoon gagal mematuhi arahan itu, selepas turut mengabaikan panggilan pertama CIO minggu lalu.
Pantau Belanjawan: Inflasi kesihatan meningkat, apa penyelesaian?
Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng berkongsi pandangan beliau berkenaan inflasi kesihatan yang semakin meningkat terutama melibatkan caj di hospital swasta, sekali gus menyebabkan penyedia insurans dan takaful kesihatan/perubatan turut menaikkan harga premium.
"Saya didera oleh..." - Facebook mendiang Tangmo tiba-tiba kembali aktif
Lebih mengejutkan apabila beberapa status telah dimuatnaik di laman media sosial itu hingga mencetuskan pelbagai spekulasi.
Kecuaian rakan punca kematian Tangmo Nida, 6 ditahan bantu siasatan
Polis Thailand menyimpulkan punca kematian pelakon Tangmo Nida yang terjatuh dari bot di Sungai Chao Phraya di Nonthaburi, utara Bangkok pada 24 Februari lalu disebabkan oleh kecuaian.
3 akan didakwa berhubung kes kematian Tangmo Nida
Seorang wanita berusia 35 tahun dilaporkan ditahan di Balai Polis Muang di daerah Muang di Nonthaburi, Bangkok.
Kematian Tangmo: Polis digesa guna ujian poligraf terhadap 5 saksi utama
Satu jawatankuasa Senat menggesa pihak polis untuk menjadikan kesemua penumpang bersama-sama mendiang aktres Thailand, Tangmo Nida untuk disoal siasat bagi memberikan petunjuk lanjut alam kematiannya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 Mac 2022.
Kematian aktres Tangmo Nida: "Kes ini pelik sejak awal lagi" - Pakar forensik Dr Porntip
Kisah kematian aktres popular Thailand, Tangmo Nida masih misteri. Sejak berita kematian pelakon jelita itu mendapat tumpuan dunia, pakar patologi forensik terkenal Thailand, Dr Porntip Rojanasunan.
Kematian Tangmo: Polis siasat rakaman terbaharu 'individu' di atas bot
Rakaman itu menunjukkan seseorang sedang berdiri dan duduk di belakang bot yang dipandu laju sepanjang Sungai Chao Phraya pada malam kejadian.
Bukan konspirasi, polis Thailand klasifikasi kematian Tangmo Nida sebagai kemalangan
Pelbagai teori dibuat banyak pihak sepanjang siasatan untuk mencari punca sebenar kematian Tangmo yang dilaporkan jatuh dan tenggelam di Sungai Chao Phraya pada 24 Februari lalu.