WASHINGTON: Beberapa agensi Amerika Syarikat memberi amaran kepada orang ramai di kawasan Timur Laut supaya mengelak daripada menyedut asap daripada kebakaran hutan Kanada yang menyelubungi udara buat hari ketiga berturut-turut pada Khamis selain mengganggu perjalanan.
Jabatan Tenaga dan Alam Sekitar (DOEE) di Washington mengeluarkan amaran kualiti udara dan menasihatkan orang ramai di kawasan yang terjejas supaya tidak keluar rumah.
"Hari ini kualiti udara sangat tidak sihat. Orang awam mungkin mengalami kesan kesihatan dan kumpulan sensitif mungkin mengalami masalah kesihatan yang lebih serius.
"Beberapa impak berpotensi ialah serangan jantung, degupan jantung yang tidak teratur, asma yang semakin teruk serta penurunan fungsi paru-paru.
"Setiap orang perlu berada di dalam rumah sebanyak mungkin, terutama kumpulan sensitif seperti kanak-kanak, warga emas, wanita hamil dan orang yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru seperti asma dan bronkitis," lapor UPI memetik ciapan DOEE pada Khamis.
Di New York, Gabenor Kathy Hochul mengumumkan rancangan untuk menyediakan kira-kira satu juta pelitup muka N95 kepada penduduk.
Amaran kualiti udara dikeluarkan sekurang-kurangnya di 20 negeri, dari selatan Massachusetts hingga ke Missouri.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menangguhkan penerbangan dari beberapa lapangan terbang kerana asap.
Jarak penglihatan berkurangan akibat asap kebakaran akan terus memberi kesan kepada perjalanan udara hari ini. Kami mungkin perlu mengambil langkah untuk mengurus aliran trafik dengan selamat ke New York City, D.C., Philadelphia dan Charlotte, N.C., memetik akaun Twitter FAA.
FAA turut menangguhkan sementara penerbangan ke Philadelphia kerana jarak penglihatan yang rendah.
Beberapa acara yang dijadual berlangsung di New York juga dibatalkan, termasuk tiga rancangan Broadway dan konsert Chris Stapleton.
Sekolah-sekolah di New York mengumumkan kelas pada Jumaat dijalankan secara jarak jauh.
Di kawasan Washington, perlawanan besbol pada Khamis antara Washington Nationals dan Arizona Diamondbacks ditangguhkan. Rumah Putih pula menangguhkan acara Bulan Kebanggaan sehingga Sabtu.
Menteri Kesiapsiagaan Kecemasan Kanada Bill Blair berkata kira-kira 9.4 juta ekar hutan terbakar, menyebabkan sekurang-kurangnya 26,000 orang terpaksa dipindahkan.
Presiden Joe Biden dan Hochul bersama pegawai di New Hampshire dan Maine, menghantar anggota bomba ke Kanada untuk membantu usaha memadamkan kebakaran.
Pakar meteorologi kanan AccuWeather Brett Anderson berkata Quebec dan Nova Scotia mencatat rekod bermusim baharu dari segi jumlah tanah yang terbakar ketika musim kebakaran hutan.
"Bagi Kanada, jumlah ekar kawasan yang terbakar sehingga awal Jun telah melepasi purata 10 tahun untuk keseluruhan musim. Kita tidak semestinya melihat lebih banyak kebakaran dengan perubahan iklim, tetapi kebakaran yang lebih besar yang meliputi banyak kawasan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 09 2023
DOEE mengeluarkan amaran kualiti udara dan menasihatkan orang ramai di kawasan yang terjejas supaya tidak keluar rumah. -Gambar fail/AP
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Biden, Macron dijangka umumkan gencatan Israel-Hezbollah
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dalam tempoh 36 jam, kata empat sumber kanan Lubnan.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
AS keluar amaran kualiti udara susulan kebakaran hutan Kanada
DOEE di Washington mengeluarkan amaran kualiti udara dan menasihatkan orang ramai di kawasan yang terjejas supaya tidak keluar rumah.