Seorang bayi berusia 14 bulan terbunuh setelah dipercayai diracun bapa kandungnya sendiri.

Dalam kejadian di sini pada Ahad, lelaki itu bertindak demikian selepas gagal mendapatkan wang untuk membeli susu formula daripada isterinya yang bekerja di Batam.

Bayi tersebut, Kaisar Alfikar meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Waled Kabupaten Cirebon pada Ahad, lapor portal berita tempatan.

Menurut polis, bapa bayi tersebut M Taufik, 27 tahun, yang bekerja sebagai buruh bertindak membunuh anak kandungnya dengan memberikannya susu formula yang dicampur racun tikus.

Sumber: Official NET News


“Kejadian itu berlaku apabila Taufik gagal mendapatkan wang daripada isterinya selepas pertelingkahan yang berlaku di antara mereka melalui pesanan ringkas.

“Pada mulanya suspek hanya mengugut isterinya, namun selepas ugutannya tidak diendahkan, suspek sanggup melakukan perkara terkutuk tersebut.

Menurut polis, selepas meracun anaknya, suspek cuba membunuh diri dengan minum campuran susu sama namun gagal.

Suspek yang masih belum stabil kini ditahan untuk membantu siasatan.

Sementara itu, jenazah Kaisar disemadikan di Kampung Cijambe, Jawa Barat pada malam Ahad.