Menurut jurucakap polis, sehingga Rabu, 34 rumah di kampung Carrbrook telah dikosongkan.
“Cuaca panas dan berangin menyebabkan api terus merebak dengan cepat," ujarnya lagi.
Kebakaran itu telah diisytiharkan sebagai kebakaran besar, sekaligus memaksa sekolah-sekolah tempatan ditutup pada Rabu.
Antara lain, penduduk juga dinasihatkan untuk tinggal di dalam rumah dan menutup tingkap serta pintu.
“Tentera kini sedang bersedia untuk mengerahkan tenaga sekiranya diperlukan,” tambahnya.
Angin dan cuaca panas dalam tempoh tiga hari lalu menyebabkan api merebak dengan cepat.
Kata polis, akses yang terhad untuk masuk ke kawasan luar bandar menjadikannya sukar untuk ditangani.
"Rancangan hari ini adalah untuk mencuba meletakkan pasukan penyelamat di kawasan kejadian dan jika bantuan ketenteraan diperlukan, kami akan pertimbangkan," jelasnya.
Asap dapat dilihat dari lebuh raya sejauh 13 kilometer dan punca kebakaran masih dalam siasatan.