Satu kebakaran di sebuah pusat membeli-belah di China telah meragut 17 nyawa, kata pihak berkuasa pada Jumaat.

Kebakaran berlaku pada Khamis di tingkat atas sebuah bangunan empat tingkat di daerah Huidong di wilayah selatan Guangdong.

Usaha menyelamat mengambil masa 18 jam, kata kerajaan Huidong melalui akaun Sina Weibo.

Seramai 270 anggota dan 45 jentera bomba telah dikerah untuk memadamkan kebakaran itu, katanya.

Sembilan pengurus pusat membeli-belah itu - yang menempatkan pasar tertutup, pawagam dan restoran - telah ditahan polis dan punca kemalangan sedang disiasat, menurut satu kenyataan.

Kebakaran bermula di bahagian gudang, menurut laporan.

China mempunyai rekod keselamatan industri yang buruk ekoran tindakan pemilik harta tanah dan perniagaan mengelak peraturan untuk menjimatkan wang dan merasuah pegawai untuk menutup sebelah mata.

Satu kebakaran di sebuah ladang ternakan di timur laut negara itu telah membunuh 119 orang pada tahun 2013.

Menurut laporan, pengurus telah mengunci pintu di dalam kilang untuk mencegah pekerja daripada pergi ke tandas, yang membawa kepada jumlah kematian yang tinggi.