Lebih 20,000 anggota polis dikerah mengawal perkarangan Mahkamah Agung di Kaherah, tempat di mana perbicaraan dijadual berlangsung hari ini (Isnin) melibatkan bekas presiden Mesir, Mohamed Morsi (gambar).
Pihak keselamatan bimbang penyokong Ikhwanul Muslimin akan bertindak luar kawalan apabila prosiding itu diteruskan.
Sebelum ini, beribu-ribu penyokong bekas presiden berhimpun bagi mendesak Mohamed Morsi tidak dibicara.
Jika perbicaraan berlangsung sebagaimana dirancang, ia menjadi penampilan pertama Mohamed Morsi sejak digulingkan oleh tentera 3 Julai lepas.
Tentera kini meletakkan beliau dalam tahanan di sebuah lokasi rahsia dengan sebarang bentuk komunikasi dilarang sama sekali.
Sejak penggulingan, Mesir terus terjebak dalam kancah pergolakan dan tidak menunjukkan tanda-tanda kembali kepada keamanan.
Walaupun lokasi prosiding tidak diumumkan ia dijangka berlangsung di mahkamah khas di akademi polis yang terletak di Kompleks Penjara Tora, Kaherah.
Beberapa pembantu kanan Mohamed Morsi ditahan di penjara tersebut.
Mohamed Morsi dituduh menghasut para penyokong untuk membunuh penunjuk perasaan di luar Istana Presiden pada 5 Disember tahun lalu.
Kerajaan sementara yang baru disokong tentera berharap perbicaraan Mohamed Morsi boleh menutup kontroversi berhubung jawatannya sebelum ini..
Bagaimanapun, pemerhati melihat proses perbicaraan hanya mengundang lebih banyak masalah kepada politik dan kestabilan Mesir.
Kepada tentera, perbicaraan adalah kunci penting untuk menggerakkan proses peralihan demokrasi di negara itu.