Kapal persiaran WS Westerdam akhirnya berlabuh di Kemboja
Agensi
Februari 13, 2020 14:03 MYT
Februari 13, 2020 14:03 MYT
Kapal persiaran WS Westerdam akhirnya diterima untuk berlabuh di perairan Kemboja selepas ditolak oleh empat buah negara yang khuatir dengan wabak koronavirus (COVID-19).
Menurut laporan AP, kapal yang membawa 2,200 penumpang termasuk 802 anak kapal sebelum itu tidak diterima untuk berlabuh di empat buah negara iaitu di Jepun, Filipina, Taiwan dan Thailand.
Kesemua penumpang dan anak kapal pula harus menjalani pemeriksaan bagi memastikan mereka bebas daripada COVID-19.
Operator kapal itu, Holland America Line dalam satu kenyataan berkat, tidak ada mana-mana penumpang atau anak kapal yang dijangkiti COVID-19 di dalam kapal mewah itu.
Terdahulu, kapal mewah itu dibenarkan berlabuh di perairan berjarak satu kilometer dari pelabuhan utama Sihanoukville, Kemboja.
Sementara itu, Gabenor Wilayah Prah Sihanoukville, Kouch Chamrouen berkata, pasukan perubatan tempatan akan melakukan pemeriksaan kesihatan selain bertanggungjawab dalam proses membawa turun penumpang serta anak kapal.
Susulan itu, beberapa pejabat kesihatan di Kemboja memberitahu, sekitar 20 penumpang mengeluh sakit perut atau demam.
Kakitangan perubatan kapal persiaran itu bagaimanapun memaklum bahawa masalah kesihatan yang dialami adalah satu perkara normal, namun mereka akan diasingkan daripada penumpang lain.
Dalam masa sama, jurucakap Kementerian Kesihatan Kamboja, Or Vandine berkata, jika hasil pemeriksaan menunjukkan ada penumpang yang dijangkiti COVID-19, mereka dibenarkan untuk mendapatkan rawatan di Kemboja.
#China
#COVID-19
#Filipina
#Jepun
#kapal persiaran
#koronavirus
#Taiwan
#Thailand
#virus
#WS Westerdam
#Wuhan