JAKARTA: Sekumpulan tujuh pelancong Malaysia dilaporkan selamat selepas kapal yang mereka naiki karam di Manggarai Barat, Nusa Tenggara Timur pada Sabtu.
Insiden berlaku pada 11.45 pagi waktu Indonesia tengah membabitkan sebuah kapal jenis Phinisi di perairan Pantai Pink, Pulau Komodo, Labuan Bajo.
Kapal terbabit dilaporkan berlayar dari Manta Point menuju Pantai Pink sebelum mengalami masalah enjin lalu tenggelam dalam pusaran air semasa ditunda oleh sebuah kapal lain.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan kesemua mangsa yang terlibat dalam keadaan selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Kesemua mangsa telah dibawa ke hospital," menurut kedutaan dalam satu kenyataan.
Pihak kedutaan juga berhubung rapat dengan mangsa serta pihak berkuasa tempatan dan memberikan bantuan konsular sewajarnya menerusi talian +62813-8081-3036.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023

Sekumpulan tujuh pelancong Malaysia dilaporkan selamat selepas kapal yang mereka naiki karam di Manggarai Barat, Nusa Tenggara Timur pada Sabtu. - Gambar hiasan

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.
AWANI Ringkas: JDT gagal ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prestasi S&P 500: Sehingga 12 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
Pasaran saham AS ditutup rendah di tengah ancaman tarif baru dan harapan perjanjian damai
Pasaran saham AS ditutup rendah pada hari Selasa tetapi mengurangkan kerugian awal sesi. Ancaman tarif baru AS dan harapan perjanjian damai antara Ukraine dan Rusia menyebabkan volatiliti. Indeks S&P 500 jatuh lebih 10% dari rekod tertinggi, manakala Nasdaq mengesahkan pembetulan 10%. Momentum positif diperoleh selepas AS bersetuju menyambung bantuan ketenteraan kepada Ukraine.

Semakin sukar ditemui, 'apam pasang kuale' laris di bulan Ramadan
Menjelang bulan Ramadan kuih tradisional yang hanya boleh didapati di Kuala Kangsar iaitu apam pasang, pasti dicari penggemarnya.
'Trump Tantrum': Pengumuman Polisi Mengelirukan Trump soal keluli dan aluminium
Pengumuman terbaru oleh Presiden AS Donald Trump mengenai tarif 50% ke atas keluli dan aluminium dari Kanada mencetuskan kekeliruan. Penasihat perdagangan Trump, Peter Navarro, mengesahkan bahawa tarif ini tidak akan berkuat kuasa pada hari Rabu. Saksikan reaksi dari pelbagai negara dan kenyataan dari Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, dan Canselor Jerman, Olaf Scholz.
HI-TVET diperkasakan, tumpu robotik, IoT, AI - Ahmad Zahid
Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Aras Tinggi (Hi-TVET) terus diperkasakan dengan memberi tumpuan kepada robotik, Internet benda (IoT), kecerdasan buatan (AI) serta pengenalan kepada sistem kenderaan elektrik canggih.
Kerja fleksibel vs. Gaji besar: Mana lebih berbaloi?
Menurut Jabatan Perangkaan (DOSM), Pengangguran menurun kepada 533,800 orang (3.1%) pada Januari 2025, didorong oleh peningkatan guna tenaga dan pertumbuhan pasaran buruh. Adakah pasaran yang dilihat stabil ketika ini bersedia menghadapi sebarang perubahan polisi? Kupasan lanjut bersama Perunding Sumber Manusia, Faizal Riduan.
[Data & Statistik] Tenaga Buruh Malaysia, Januari 2025
Penganggur pada Januari 2025 berada dalam trend menurun, berkurang kepada 533.8 ribu orang, merekodkan kadar pengangguran 3.1 peratus.
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Mac 2025
1️⃣ Filipina hantar bekas Presiden ke ICC
2️⃣ 4 anggota polis cedera akibat kemalangan
3️⃣ JDT gagal ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
#awaniringkas
1️⃣ Filipina hantar bekas Presiden ke ICC
2️⃣ 4 anggota polis cedera akibat kemalangan
3️⃣ JDT gagal ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
#awaniringkas

Kapal pelancong karam di Indonesia, tujuh rakyat Malaysia selamat
Sekumpulan tujuh pelancong Malaysia dilaporkan selamat selepas kapal yang mereka naiki karam di Manggarai Barat, Nusa Tenggara Timur pada Sabtu.