AMSTERDAM: Sebuah kapal kargo yang membawa kira-kira 3,000 kereta dari pulau Ameland Belanda di Laut Wadden terbakar pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Seorang anak kapal maut, manakala 22 yang lain diselamatkan, termasuk beberapa yang cedera, menurut pengawal pantai.

Anggota penyelamat sedang berusaha memadamkan kebakaran dan memastikan kapal itu tidak karam.

Menurut pengawal pantai, beberapa anak kapal terjun dari kapal dengan kebanyakannya dibawa ke darat dengan helikopter.

Kapal Fremantle Highway itu sedang belayar dari Bremerhaven ke Port Said di Mesir.

Siasatan awal mendapati kebakaran pada waktu malam itu bermula dari sebuah kereta elektrik.

-- BERNAMA