Sekumpulan saintis di Amerika Syarikat semakin yakin dengan kajian arkeologi bahawa penghuni awal di Jamestown, Virginia pernah mengamalkan pemakanan daging manusia (kanibalisme).

Bukti terbaru mendedahkan bahawa hidupan awal disitu melalui kehidupan yang amat sukar sehingga memaksa mereka makan bangkai haiwan dan daging manusia untuk meneruskan kelansungan hidup.

Sebelum ini, wujud cerita dongeng bahawa penghuni awal di beberapa penempatan mengambil hidangan tikus, ular dan mayat rakan-rakan mereka apabila kelaparan.

Penemuan oleh pasukan arkeologi Jamestown dan Muzium Negara Smithsonian terhadap tulang remaja berusia 14 tahun jelas menunjukkan bahawa dia merupakan mangsa kanibalisme.

Dengan beberapa bukti yang diraih, ia sekaligus membuktikan teori bahawa pernah wujud amalan makan daging manusia di kalangan penghuni awal Jamestown.