Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilapor maut ditikam seorang wanita berusia 75 tahun ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.
Dalam kejadian 12.45 tengahari 21 Mac lalu, kanak-kanak sekolah terbabit ditikam di bahagian leher ketika melalui kawasan St Galler-Ring di bandar Basel.
Mangsa ditemui oleh gurunya dengan kecederaan parah sebelum dibawa ke hospital namun meninggal dunia tidak lama kemudian.
Menurut pihak berkuasa, warga emas terbabit menyerah diri dan memaklumkan dia telah menyerang mangsa.
"Terdapat laporan menyatakan terdapat seorang warga emas berada di lokasi kejadian dan tidak lama kemudian, seorang wanita warga Switzerland berusia 75 tahun menyerah diri kepada pihak berkuasa.
"Dia berkata telah menikam kanak-kanak tersebut, namun motif serangan masih tidak diketahui," kata jurucakap polis, Peter Gill sambil menambah pihaknya meminta mereka yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu.
Laporan turut mengatakan wanita warga emas terbabit tidak mengenali mangsa atau mana-mana ahli keluarganya yang berasal dari Kosovo.
Warga emas itu kini dilaporkan menjalani ujian psikiatri susulan jenayah yang menggemparkan negara itu. - DAILYMAIL
Sinar Harian
Sun Mar 24 2019
Wanita warga emas terbabit tidak mengenali mangsa dan motif serangan masih tidak diketahui. - Foto Sinar Harian
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Terbuka Switzerland: Aaron-Wooi Yik melangkah ke separuh akhir
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir Kejohanan Terbuka Switzerland 2022 di Basel, malam ini.
Kanak-kanak tujuh tahun maut ditikam warga emas
Warga emas itu kini dilaporkan menjalani ujian psikiatri susulan jenayah yang menggemparkan negara itu.
Kemaraan Chelsea menjadi perbualan hangat
Tendangan percuma pemain tengah pertahanan David Luiz memastikan kedudukan selesa buat The Blues selain mendahului separuh akhir pertama.