SEORANG kanak-kanak sembilan tahun yang menghidap kanser sempat 'membantu' memberikan nama kepada adik bongsu perempuannya sebelum meninggal dunia.
Malah, kanak-kanak yang dikenali sebagai Bailey Cooper dari Bristol yang menghidap kanser Non-Hodgkin's lymphoma itu juga sempat menitipkan mesej kepada ibu bapanya bahawa mereka hanya dibenarkan menangis 20 minit sahaja.
Bailey yang menghidap kanser itu sejak 15 bulan lalu kuat semangat sekali gus 'berjuang' untuk hidup demi melihat dan memangku adik perempuan baharunya.
Ibunya, Rachel, 28 melahirkan bayi perempuan pada November sebelum Bailey menamakan adiknya itu dengan nama Millie.
Malah, ibu bapanya, Lee dan Rachel memegang erat jari Bailey ketika dia menghembuskan nafas terakhir selain kanak-kank itu tidak lekang daripada senyum ketika menjalani diagnosis tahun lalu.
Rachel menambah, dia dan ahli keluarga tidak menyangka anaknya itu mampu bertahan dan bertemu Millie.
"Saya melahirkan Millie pada hujung November dan Bailey melakukan apa yang sepatutnya abang sulung lakukan selain memeluk Millie," katanya seperti dipetik portal Dailymail pada Sabtu.
Keluarga itu juga mengetahui Bailey tidak dapat bertahan tetapi meminta kanak-kanak itu menyenaraikan hadiah sempena perayaan Krismas.
Mengetahui dirinya akan meninggal dunia, Bailey juga membuat permintaan terakhir supaya ahli keluarga dan pihak yang datang ke majlis pengebumiannya memakai pakaian adiwira.
Lebih menyedihkan Lee dan Rachel apabila Bailey sempat menitip mesej terakhir kepada pasangan itu bahawa mereka dibenarkan menangis untuk tempoh 20 minit selain menjaga kedua-dua adiknya, Riley dan Millie.
Agensi
Sat Jan 13 2018
Bailey dilihat senyum memangku dan mengucup adik perempuannya, Millie sebelum menghembuskan nafas terakhir. - Gambar Cooper Family/SWNS
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kanak-kanak penghidap kanser sempat peluk adik baharu sebelum meninggal dunia
Seorang kanak-kanak sembilan tahun yang menghidap kanser sempat 'membantu' memberikan nama kepada adik bongsu perempuannya sebelum meninggal dunia.