CALON Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah menghabiskan beberapa minggu mempersoalkan kecerdasan dan keupayaan pesaingnya, Kamala Harris untuk berkhidmat sebagai Presiden negara itu yang seterusnya.

Dengan berbaki tujuh hari lagi, Harris menyahut cabaran lawannya dari Republikan dengan secara terbuka menyatakan kesediaannya mengambil ujian kognitif bagi membuktikan kebolehannya.

Dalam wawancaran dengan CBS News, Harris turut "mencabar Trump untuk mengambil ujian yang sama dengan beliau."

"Inilah yang beliau pilih untuk lakukan dan saya rasa beliau sebenarnya semakin tidak stabil dan hilang kawalan serta menggunakan ejekan kerana beliau tiada rancangan sebenar untuk rakyat Amerika," tegas Harris. - Agensi